“Telah Berkahwin & Ada Seorang Anak,”- PU Hafiz Kongsi Kisah Pilu Syed Muhammad Danial Syed Syakir

Share

Pencetus Ummah (PU) Hafiz meluahkan rasa sayu terhadap insiden menimpa arwah Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, yang dipercayai meninggal dunia selepas dilanggar sebuah kereta dalam kejadian perselisihan faham.

Kongsi Hafiz, arwah seorang yang bekerjaya dan seorang tahfiz.

“Arwah Al Hafiz Syed Muhammad Danial Syakir, seorang pegawai pelaburan di Maybank dan seorang Hafiz AlQuran di Maahad Tahfiz ahli PITAS di Shah Alam.

“Telah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 3 bulan. Semoga ditempatkan dikalangan orang beriman,” tulisnya sambil disertakan hashtag #SolidaritiUntukSyed.

Arwah difahamkan meninggal dunia dipercayai dilanggar selepas kejadian perselisihan faham dengan pemandu lain di susur Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.

Malah, ia telah memberi kesan kesedihan amat mendalam terhadap ahli keluarganya dan orang ramai.

Terdahulu dalam kejadian perselisihan faham dalam kemalangan kecil di Kilometer 239 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran susur Bandar Baru Bangi yang mengorbankan Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, dalam kejadian pukul 1.40 petang.

Berikutan itu, suami isteri masing-masing berusia 40 dan 36 tahun itu direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan juga, mangsa sebelum ini turut dibawa ke Pusat Perubatan Nilai, Negeri Sembilan sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Foto/Sumber: Instagram Pu Hafiz/ Kosmo!

IKLAN