Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan kesembuhan ibu Azhan.
Ads
“Semoga mak cepat sembuh. Anak-anak semua perlukan doa mak. Moga Allah angkat semua kesakitan mak gantikan dengan kesembuhan. Amin yrb.
“Orang yang berjaya adalah orang yang menjaga ibunya. Now kejayaan mengejar abang.
“Ya Allah berilah kesembuhan kepada hambamu ini, hanya pada mu kami memohon segala pertolongan dan hanya padamu lah kami reda dengan ketentuan mu. Amin,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sumber: Instagram Azhan Rani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Tajul Ariff memilih untuk tangguhkan beberapa projek nyanyian dan komitmen lain serta memperlahankan aktiviti perniagaannya demi isteri tercinta, Nurul Shamieza yang sedang sarat hamil sembilan bulan.
Jelas Tajul, isterinya itu bakal bersalin pada bila-bila masa sahaja.
“Saya ambil keputusan untuk menangguhkan semua kerja kerana mahu sentiasa berada di sisinya. Kalau keluar bekerja pun macam hari ini, saya tidak keluar lama-lama kerana bimbang dengan keadaan isteri.
“Bila-bila masa sahaja isteri saya akan bersalin. Kalau ada di luar rumah lama-lama pun fikiran ini asyik teringat pada dia. Risau!
“Apa pun saya harap urusan kami untuk menyambut anak kedua ini dipermudahkan,” katanya.
Mahu memberikan kejutan mengenai jantina anak kedua yang bakal lahir, Tajul turut mendoakan agar urusan bersalin isteri dipermudahkan.
“Yang saya tahu, prosedur untuk kemasukan wad pada musim Covid-19 ini semua pesakit diwajibkan melakukan swab test.
“Saya berdoa agar semuanya dipermudahkan dan berharap agar ibu dan bayi berada dalam keadaan baik dan sihat-sihat sahaja,” katanya yang menyifatkan keluarga menjadi keutamaannya ketika ini.
Terdahulu,Tajul ditemui pada Majlis Berbuka Puasa FMC Music di EQ Hotel, Kuala Lumpur pada Isnin.
Tajul dan Shamieza mendirikan rumah tangga pada pada 2018 dan dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Adriana Carissa, 2 tahun.
Foto: Instagram Tajul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menzahirkan rasa syukur, pelakon Nora Danish memaklumkan tempoh kuarantinnya selama 10 hari sudah pun selesai selepas dia dilaporkan positif Covid-19, awal Mei lalu.
Nora sebelum ini tampil membuat ujian calitan kerana difahamkan mempunyai kontak rapat individu dalam kategori C dan didapati positif wabak berkenaan meski tidak mengalami simptom jangkitan.
“Alhamdullilah gelang sudah di gunting, Terima kasih pada KKM team yg jaga saya selama 10 hari ni. Love u!
“Rumah pun sudah di sanitisekan oleh @pestparamedics, thanks alot guys!,” tulisnya.
Pelakon Bencinta itu berkongsi perkembangan dirinya itu menerusi Instagram bersama pautan video berkaitan.
“Now jom #kitajagakita. Jangan keluar rumah la bila tak penting. Saya pun dah belajar pada kesilapan lalu.
Take care everyone, & stay safe!,” tulisnya lagi pada ruangan kapsyen.
Sementara itu menerusi Insta Stories, ibu kepada dua cahaya mata itu dilihat sudah mula melakukan rutin kebiasaannya sebagai isteri dan ibu seperti sedia kala.
Sebelum ini selain Nora, turut sama didapati positif ialah rakan artisnya, Tiz Zaqyah.
Foto: Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Kavita Sidhu ada berkongsi mengenai perkembangan terkininya selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca pada Isnin.
Jelas Kavita, pada awalnya, dia hanya menghantar ibunya untuk mendapatkan suntikan vaksin namun, dia berasa sangat bernasib baik kerana pihak hospital telah mempelawanya untuk turut sama menerima suntikan atas tiket penjaga.
Katanya lagi, keadaannya pada ketika ini baik-baik sahaja tetapi ada berasa sedikit sengat di bahagian lengan yang telah disuntik.
“Hi semua! Saya sudah dapatakan vaksin AstraZeneca hari ini. Pagi tadi saya telah membawa ibu saya ke janji temu suntikan vaksin, saya bernasib baik kerana saya juga telah dipelawan untuk menerima vaksin atas tiket penjaga.
“Percaya cakap saya yang suntikan ini tidak sakit langsung walaupun saya tak suka suntikan. Terima kasih kepada para doktor, jururawat dan petugas kesihatan yang telah bertugas dengan sangat baik pada hari ini.
“Jutaan terima kasih juga saya ingin ucapkan kepada Dr. Rose Nina. Proses vaksin ini sangat teratur dan semua yang terlibat telah banyak membantu. Setakat ini, saya baik-baik sahaja dan sudah sejam lebih saya cuma berasa sedikit sengal di bahagian lengan yang disuntik,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Kavita turut menyeru kepada semua pihak untuk mempercepatkan proses pendaftaran sebagai penerima vaksin Covid-19.
“Saya akan maklumkan lagi mengenai keadaan saya esok. Saya tahu ini adalah pilihan saya sendiri namun, saya sarankan anda juga untuk pergi mendapatkan vaksin selagi masih berpeluang.
“Saya lakukan ini tanpa rasa ragu-ragu selepas membuat perbincangan bersama rakan doktor dan ahli keluarga.
“Ibu saya juga berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Dia sangat bersahaja dan tenang. Kami ambil foto masing-masing.
“Jagalah keselamatan anda dan dapatkan vaksin. Lagi ramai yang mendaftar, lagi cepat kita akan menang dengan wabak penyakit ini,” tulisnya.
Perkongsian Kavita itu nyata menerima reaksi positif daripada ramai pihak terutamanya buat mereka yang berasa ragu-ragu dengan keberkesanan vaksin Covid-19.
Malah, ada juga yang turut memberikan pujian kerana Kavita dilihat tidak kisah untuk menerima vaksin yang sama seperti rakyat kebanyakkan.
Klu nk diikutkan dia ni kelas kayangan. Bnyk advocate kpd benda² positif. Rilek je ambik vaccine yg sama org biasa akn ambik. Up gmbr bercuti pun sekadar dlm negeri dia tinggal. Pergi lwt kubur pkai tudung. Dh follow dia lama. Mmg jenis humble dan menyampaikan kebaikan. Classy! pic.twitter.com/BRAQUPMALL
“Kalau nak diikutkan dia ni kelas kayangan. Banyak advocate kepada benda-benda positif. Rilek je ambik vaccine yang sama orang biasa akan ambil. Up gambar bercuti pun sekadar dalam negeri dia tinggal. Pergi lawat kubur pakai tudung. Dah follow dia lama. Memang jenis humble dan menyampaikan kebaikan. Classy!,” tulis seorang pengguna Twitter.
“Thank you for advocating for this vaccination program when many people are still hesitant. May you and your mother experience less side effects dan baik baik sahaja,” komen netizen di Instagram.
“Yes I cannot wait mine. Do update from time to time,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.
Sumber: Instagram Kavita Sidhu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan, Neelofa menyangkal dakwaan penglibatannya bersama suami, PU Riz dalam program realiti terbaharu, Mualim Muda bakal menjadi tumpuan utama berbanding para peserta yang bertanding.