Selebriti Hollywood memang tidak suka bila bertembung dengan paparazzi. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi ‘lari’ daripada dikejar.

Melalui sebuah portal hiburan Hollywood, penyanyi Bad Blood, Taylor Swift juga tidak ketinggalan untuk bersungguh-sungguh elakkan diri daripada bertembung dengan sekumpulan paparazzi.

Taylor Swift Sembunyi Dalam Bagasi?

Namun kali ini ia kedengaran agak dramatik dan kelakar. Mana tidaknya, penyanyi rambut blonde itu dikatakan sanggup memasukkan dirinya dalam sebuah bagasi hitam dan diangkat keluar oleh kedua pengawal keselamatannya dari rumah Taylor yang terletak di New York.

Taylor Swift Sembunyi Dalam Bagasi? Taylor Swift Sembunyi Dalam Bagasi? Taylor Swift Sembunyi Dalam Bagasi?

IKLAN

Malah, paparazzi yang telah menangkap gambar ‘Taylor’ itu memberitahu pengawal peribadinya kelihatan sangat berhati-hati apabila mengangkat bagasi tersebut.

Mereka juga sempat berkongsi momen tersebut di sosial media dengan memberi segala info yang terperinci.

Namun pihak agensi Taylor menafikan segala dan menganggap semua dakwaan tersebut tidak benar serta tidak masuk akal. Malah mereka juga meminta agar pihak media tersebut memadamkan semula dakwaan tersebut.

IKLAN

Apa yang kelakar apabila melihat reaksi-reaksi netizen yang sangat melucukan. Malah ada juga yang mengaitkan bagasi Tom Hiddleston dengan kehadiran Taylor.

IKLAN

SUMBER : POPSUGAR

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI