“Tayar Pecah Terbelah Dua,” – Insiden Di Highway, Zarina Zainuddin Syukur Tiada Kereta & Lori Di Belakang Waktu Kejadian

Share

Pelakon Zarina Zainuddin bersyukur kerana dia, ibu serta anak istimewanya, Muhammad Razil Azrai Abu Raihan atau Azil selamat selepas tayar kereta yang dinaiki mereka pecah.

Kejadian difahamkan berlaku sebuah lebih raya di Slim River selepas menjemput ibunya balik ke Kuala Lumpur dari Ipoh, Perak pada Rabu.

“Tayar tiba-tiba pecah terbelah. Saya, mak dan Azil masih dalam kereta. Tolong daakan kami Ya Allah. Nasib tiada kereta atau lori kat belakang tadi.

“Sekarang tengah tunggu lori towing. Nak keluar takut kereta tepi highway Slim River,” tulisnya pada ruangan kapsyen di video yang dikongsikan menerusi Instagram.

Berkongsi detik cemas, Zarina turut berterima kasih atas keprihatinan dan doa dari semua terhadap dia sekeluarga.

“Allhamdulillah lori towing dah sampai. Saya, mak dan Azil atas lori towing ni. Azil agak takut, dia duduk diam-diam pegang tangan saya.

“Kita orang nak terkencing pun kena tahan, terima kasih atas doa doa semua. Syukur Allhamdulillah mak saya dapat saya bawak balik KL hari ni walaupun dengan keadaan begini,” luahnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, peminat dan rakan selebriti seperti Sheila Rusly serta Mas Anizan turut sama tumpang lega kerana semuanya berada dalam keadaan baik.

Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN