Amboi bukan main lagi, jika dahulu Shuib Sepahtu pernah berdepan dengan peminat yang cuba mengodanya, kali ini Hisyam Hamid pula sempat berkongsi cerita ada peminat cuba menawarkan diri untuk menjadi isteri keduanya.

Melalui portal hiburan Berita Harian, Hisyam sempat memberitahu terkejut dengan keberanian sesetengah peminat yang terlalu terbuka berjenaka dalam perkara sebegini.

Katanya, walau bagaimanapun dia tidak akan respons terhadap perkara ini dan hanya biarkan mesej-mesej seperti itu begitu sahaja.

Ads

Selain itu, Hisyam juga berkata tidak teragak-agak untuk memadam komen jelik seperti itu kerana tidak mahu menimbulkan sebarang salah faham apatah lagi masalah kepada dirinya.

“Tidak dinafikan ada yang berani menyatakan sedia bermadu dan meluahkan perkara itu di ruang mesej di laman sosial. Kadang-kala saya tidak pasti apakah ia sekadar gurauan atau mereka benar-benar maksudkan?

“Namun, terbabit dalam bidang ini, saya anggap godaan itu sebagai ujian, selain berusaha menetapkan iman agar tidak tergelincir. Paling utama adalah nawaitu kerana saya bekerja demi mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak,” katanya pada wartawan tersebut.

Menurutnya lagi dia sendiri keliru sama ada ia berunsur jenaka ataupun sebaliknya. Namun dia enggan mengambil pusing terhadap perkara ini dan menganggap ia sebagai ujian pada dirinya.

Ads

Ads

Malah Hisyam juga akui ia sebagai satu perkara yang remeh dan ingin terus fokus pada matlamatnya yang ingin mencari rezeki demi isteri dan anak-anaknya.

“Masa saya banyak dihabiskan untuk bekerja dan bersama keluarga. Saya mohon dijauhkan daripada semua itu,” katanya lagi.

Betul kata Hisyam, benda paling penting adalah nawaitu kita dalam melakukan sesuatu perkara dan abaikan segala perkara yang boleh menjerumus diri dalam masalah.

SUMBER : Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI