Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam muat naik satu tweet di laman Twitternya selepas perlawanan akhir Malaysia lawan Vietnam yang seri dua sama di Stadium Bukit Jalil, semalam.

Katanya, dia akan membantu rakyat Malaysia yang berada di Vietnam bagi memenuhi stadium untuk aksi timbal balik perlawanan akhir piala AFF Suzuki yang bakal berlangsung, Sabtu ini.

“Tawan Vietnam, 3 chartered flight dari Malaysia. Saya akan hubungi Kedutaan Malaysia di sana untuk membantu rakyat Malaysia di sana untuk membanjiri stadium mereka.

IKLAN

“We can do this Malaysia #MalaysiaBoleh,” tulisnya.

IKLAN

Susulan itu, di ruangan komen, kelihatan ramai yang memohon agar orang ramai mengutamakan ultras Malaysia untuk terbang ke Vietnam dahulu bagi menaikkan semangat skuad Harimau Malaya.

“Tawan Vietnam! 3 Chartered Flight Dari Malaysia,” – Tegas Syed Saddiq Untuk Aksi Timbal Balik Piala AFF Suzuki Sabtu Ini, Jom Penuhi Stadium!

IKLAN

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes turut mengeluarkan kenyataan akan menyediakan penerbangan Khas ke Hanoi supaya penyokong Harimau Malaya dapat menyaksikan perlawana akhir itu.

Tambahnya lagi, jumlah pesawat yang bakal disediakan bagaimanapun bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa lapangan terbang Hanoi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI