Dunia lawak dan komedi tempatan kini meriah dengan kehadiran pelawak, terutamanya dari golongan muda yang mempunyai idea humor yang semasa dan mencuit hati. 

Malah, kewujudan program-program pencarian pelawak juga menjadi antara faktor kepada kehadiran pelawak baru dalam dunia seni hiburan tempatan.

Melihat kepada senario ini, Media Hiburan bertanya kepada Tauke sama ada kehadiran pelawak baru boleh dianggap sebagai kelompok yang ‘mencaras’ rezeki pelawak sedia ada.

Tauke atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria berpendapat, kehadiran mereka usah dilihat dari sudut negatif.

IKLAN

Sebaliknya, anggaplah kehadiran pelawak muda dan baru ini sebagai satu semangat dan motivasi untuk pelawak sedia ada agar mencari atau membuat lawak yang lebih baik.

“Sepanjang saya terlibat dalam dunia lawak, ia merupakan satu proses mencari ilmu dan Alhamdulillah, ilmu itulah yang boleh kita gunapakai dalam mencari idea untuk buat lawak.

 

“Sekarang pun kita sudah ada ramai influencer dan pelawak baru. Jadi kena bersaing dengan seberapa yang boleh,” terang Tauke.

Pada masa sama, bintang ini turut memberitahu, tidak boleh harapkan dengan karya semata-matav tetapi perlu cari alternatif lain dalam mengembangkan kerjaya, misalnya di belakang tabir.

IKLAN

Jelasnya lagi, sebagai orang yang lebih lama di dunia lawak berbanding rakan pelawak baru yang lainnya, dia juga perlu menjadi cara baru demi memastikan idea lawak kekal relevan.

“Kita perlu ikut rentak dan kena relevan dalam apa yang dilakukan. Bukan sahaja pelawak, tetapi juga kepada penggiat seni lain. Misalnya, jika sekarang penonton lebih gemar mengenai hal berkaitan media sosial, jadi kita pun perlulah ikut aliran sama,” katanya ketika ditemui di majlis perlantikannya sebagai duta untuk produk No Stress by Sadomen di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas mengenai perlantikan tersebut, Tauke yang kini sedang terlibat dengan program Oh My English dan Lawak Ker Der ternyata gembira dengan kerjasama ini.

IKLAN

Tauke Sedia Bersaing Dengan Pelawak Baru

“Jujurnya, No Stress kesesuaian dengan diri saya. Saya juga pengguna kepada produk ini sejak dua tahun lalu. Jadi sebagai seorang pelawak, sudah tentu ada masanya rasa tertekan dalam menjadi idea.

 

“Jadi saya akan gunakan No Stress untuk melega sekali gus membantu untuk berfikir, mencari idea lawak yang lain. Malah adik-beradik saya juga turut menggunakannya,” akhiri Tauke.

No Stress merupakan minyak aromaterapi pelbagai guna yang menggabungkan lebih 13 pati tumbuh-tumbuhan yang terdiri dari herba dan bungaan terpilih.

https://www.youtube.com/watch?v=Tj2aBjBsKFo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI