“Tatu Pertama Saya. Ya Allah…,”- Isma Yusoof Dedah Foto Bahagian Kaki Dicacah Tatu, Ini Katanya Buat Yang Kecam…

Share

Pelakon dan pengarah, Isma Yusoof ada berkongsi sekeping foto kontroversi yang membayangkan bahagian kakinya sudah dicacah tatu.

Malah, tulisnya seperti yang dibalas kepada netizen, semua perkara yang terjadi di muka bumi ini adalah kehendak ‘Dia’ dan manusia langsung tidak berkehendak.

Kenyataan tersebut diluahkan Isma menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya, baru-baru ini seterusnya menjadi viral.

“My very first tattoo. YA Allah rasa hidup bertatoo ini rupanya. Thanks Aliff. Thanks Pasar Gelap,” tulisnya.

Lantaran itu, entri tersebut telah menerima kecaman dan reaksi pelbagai daripada netizen.

Namum, perkara tersebut sedikit pun tidak diendahkan Isma yang terus membalas setiap kecaman di akaun Instagram miliknya.

“Tak. Semua perkara terjadi diatas kehendak Dia. Kita tidak berkehendak. Selamat maju jaya abom,” balasnya.

Dalam pada itu, Isma turut memuat naik sebuah lagi entri di akaun Instagram miliknya tetapi kali ini dengan seekor anjing pula.

Katanya, seekor anjing lebih membahagiakan daripada Melayu Syariah.

Apa-apa pun mari sama-sama kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Isma dan semoga dia diberikan hidayah.

Sumber: Instagram Isma Yusoof

IKLAN