“Tapi Sebelum Ni Ramai Yang Tanya, Ok Ke…,” – Niena Baharun Selesa Tinggal Sama Mertua, Akui Banyak Manfaatnya!

Share

Tidak kekok untuk tinggal sebumbung bersama mertua, pelakon Datin Niena Baharun akui selesa bersama mereka.

Malah, dari awal perkahwinan sehingga habis berpantang anak sulung, Niena sebumbung dengan ibu bapa mertua.

“Bila dah jadi isteri seseorang, automatik ibu bapa mertua kita pun dah macam ibu bapa kita sendiri. Alhamdulillah.

“Allah hadirkan ibubapa mertua yang sangat baik, penyayang dan tak pernah membeza beza kan anak dengan menantu.

“Dari berkahwin, mengandung, berpantang, sampai la habis pantang duduk dengan mertua. Dalam setahun lebih jugak selepas Adiel dah besar sikit baru pindah rumah sendiri,” kongsinya.

Tambahan pula, pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu juga turut berkongsi kebaikan  tinggal sebumbung bersama mertua.

“Tapi sebelum ni ramai yang tanya, ok ke tinggal sebumbung dengan mertua? Bagi Niena, sebagai cth kalau kita masuk rumah orang, kita kena lah pandai bawa diri, pandai ambik hati mertua dan pandai sesuaikan diri dalam keluarga baru kita. InsyaAllah semua akan ok.

“Sebenarnya bila duduk serumah dengan mertua ni banyak benefit. Haa salah satu cth kalau suami kita buat hal, ada masalah atau perlukan nasihat terus rujuk mertua jer. Mertua lebih kenal anak dia macam mana kan? Heee.

“Terima kasih Papa & Mama atas segala nasihat dan kasih sayang yang dicurahkan utk kami semua. Semoga Mama & Papa sentiasa diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah swt,” akhirinya.

Foto tersebut dikongsikan pelakon itu sempena dengan ulang tahun kelahiran ibu mertuanya itu.

Untuk rekod, Niena mendirikan rumah tangga bersama Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim pada 1 Februari 2018.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Adiel Mikail.

Foto: Instagram Niena Baharun

IKLAN