Baru sahaja menimang cahaya mata kedua, penyampai radio Hot FM, Haziq mengakui dia berdepa situasi mendebarkan apabila isterinya, Ayunda Putri,terpaksa melahirkan anak mereka seminggu lebih awal daripada jangkaan yang sepatutnya.

Katanya kepada MH, kalau mengikut jangkaan, isterinya dijadualkan bersalin pada 7 September depan. Bagaimanapun doktor menyarankan pembedahan perlu dilakukan, Khamis lalu.

“Kalau nak diikutkan, anak kami dijangka lahir 7 September ini. Tapi dia macam ‘tak sabar’ nak keluar awal. Awalnya kami macam biasalah pergi ke hospital bagi melakukan pemeriksaan berkala kandungan yang terakhir sebelum bersalin. Tak sangka bila doktor tanya isteri simpton mahu bersalin, ia macam tepat.

 

“Jadi sebab itulah, doktor sarankan pembedahan dibuat segera atas faktor kesihatan. Aduhai, kelam-kabut dibuatnya, sebab masih bekerja waktu itu dan selain perlu urusan soal anak pertama kami,” selorohnya. 

Apa pun, Haziq turut merakamkan rasa syukur kerana proses kelahiran dipermudahkan.

“Saya terima saja. ‘Rezeki’ dia untuk lihat dunia seminggu awal. Syukur ke hadrat Illahi sebab semuanya dipermudahkan. Malah ibu dan bayi pun selamat. Seronok jugalah punya pengalaman yang tak terduga macam ni,” jelas Haziq.

Terdahulu, Haziq ditemui pada majlis pembukaan cawangan Teh Tarik Place di KIP Hotel, Batu Vaces, Selangor. Bertindak sebagai hos pada majlis berkenaan, ajlis turut diserikan dengan persembahan rakan artis iaitu Khai Bahar, Shahir dan Ara Johari.

Sementatra itu, Putri melahirkan bayi perempuan secara pembedahan dengan berat 2.85 kilogram pada pukul 5.30 petang.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 Julai 2016 dan mereka dikurniakan anak lelaki pertama iaitu Nufael Heidy yang sudah berusia setahun pada 8 April tahun lalu.

Foto: Instagram Haziq

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI