“Tapi Bila Tengok Keadaan Hospital, Petugas Barisan Hadapan Yang Penat…,” – Meski Sakit Hati, Faezah Elai Reda Tak Dapat Balik Kampung

Share

Umum mengetahui, negara masih berhadapan dengan situasi pandemik Covid-19 dan kes harian positif wabak penyakit tersebut masih meningkat saban hari.

Sehingga kini, pihak kerajaan masih belum memberi kebenaran kepada umum untuk merentas negeri bagi mencegah penularan wabak berkenaan.

Gambar
Gambar

Mengakui sakit hati dengan masalah pandemik, pelakon Faezah Elai reda terhadap meski dirinya sudah lama tidak berpeluang pulang ke kampung halaman di Pulau Pinang.

Jelasnya, Faezah atau nama lengkapnya Noor Faezah Md Elai, dia turut sedih melihat situasi hospital dan bersimpati dengan petugas barisan hadapan yang terus komited dalam menjalankan tugas.

“Sapa yg follow cheq drp start mula2 kita MCO tahun lepaih,mmg tau how much i always want to balik penang. Tp bila tk bg merentas,I is redho.

“Walau sakit hati, tp bila tgk keadaan hospital,our frontliners yg dh penat… I understand why we should be at home.

“Ni gambaq throwback time nk pi carik nasik kandaq Rafee.. haihh…#throwback #penangites #faezahelai #missinghometown
#ootdfaezahelai #faezahelaiootd #fashion #muslimahfashion,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, masing-masing turut memberikan reaksi serta pandangan mengenai hal berkaitan.

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI

untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Foto: Instagram Faezah Elai

IKLAN