Bila sebut sukan bola sepak, tentu sahaja ia merupakan topik yang paling disukai oleh kaum lelaki manakala wanita pula akan buat muka ‘blur’.

Nak jumpa wanita yang suka bola sepak ini bukannya mudah…bukanlah MH nak stereotaip wanita tapi itulah kebenarannya.

Baru-baru ini, MH ada terlihat video perkongsian aktress, Uqasha Senrose semasa ditanya mengenai Liga Super 2018. Haa…terkulat-kulat la dia nak menjawab.

IKLAN

Tapi apa yang menarik perhatian MH adalah sekurang-kurangnya Uqasha ada ‘effort’ nak jawab soalan tersebut walaupun tidak begitu arif mengenainya.

Apa-apapun, ada netizen yang memuji bahawa Uqasha kelihatan comel bila buat muka ‘blur’ macam tu. Video tersebut juga turut menjadi viral dan ditonton sebanyak hampir 500,000 ribu view.

IKLAN

Mungkin selepas ini, kalau wartawan nak tanya soalan lain dari yang lain boleh sediakan pilihan jawapan. Senang sikit nak jawab. kan?

IKLAN

Uqasha hadir bersama beberapa rakan baiknya ke Stadium KLFA dengan menyarung jersi merah pasukan Kuala Lumpur FA.

Perlawanan Liga Super 2018 malam tadi menyaksikan Kuala Lumpur FA menumpaskan Johor Darul Ta’zim 1-0 di Stadium KLFA.

sumber: IG Uqasha Senrose

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI