“Tanpa Restu Mak Bapak, Kita Tak Akan Berjaya,”- Tak Pernah Sekali Lupa Orang Tua, Ini Tips Ifa Raziah Untuk…

Share

Baru baru ini, penyanyi dangdut dan bintang versatil, Ifa Raziah telah memuat naik satu video di akaun Instgram miliknya. 

Penyanyi Ifa Raziah atau nama sebenar Saripah Raziah telah menjadi tetamu undangan untuk satu seminar yang memberi motivasi dan didikan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 

“Miss Diva PERCAYA Doa Restu Redha IBUBAPA & SUAMI akan menjadikan kita berjaya mencapai Kejayaan dlm kehidupan kita insyallah akan dipermudahkan Aamin, ”tulis penyanyi Gemercing Rindu ini. 

Menariknya, rakaman video tersebut telah memaparkan kata-kata Ifa yang sangat bermakna dan menyentuh hati penonton. 

“Dan sekurang-kurangnya bila saya macam ni, saya tak pernah tinggalkan mak bapak saya, tak pernah lupakan tanggungjawab saya sebagai seorang anak.

“Tanpa restu mak bapak, kita tak akan berjaya. Itu yang saya percaya,” luah Ifa lagi. 

Lalu, rata-rata netizen memuji dengan kata-kata yang dilontarkan Ifa. 

Betul kata Ifa, tanpa doa dan restu kedua-dua orang tua tidak mungkin kita akan berjaya. Jadi berbaktilah kepada mereka. 

Video : Instagram Ifa Raziah

IKLAN