Peserta Big Stage 5 (BS5), Aufahanie mendedahkan dia dan pihak pengurusannya mempunyai sebab memilih persalinan yang ‘bold’ pada minggu pertama saingan program realiti berkenaan yang bersiaran secara langsung malam tadi.
Aufahanie atau nama sebenarnya, Nur Aufahanie Mokhtar, 20, berkata dia mahukan kelainan memandangkan membuat persembahan tanpa sokongan alat peraga (props).
Sekaligus, ia menyangkal komen segelintir warganet yang menyamakan penampilannya persis Aina Abdul yang berada di posisi juri tetap BS5.
“Untuk minggu pertama, saya buat persembahan tanpa props dan saya mahu stand alone. Jadi kerana situasi tersebut dan saya juga mahu ‘kejar’ markah dari segi kreativiti, pastinya kami perlu letakkan usaha pada busana. Itu sahaja.
“Tiada istilah untuk meniru penampilan Aina sebagaimana yang didakwa,” katanya kepada MH.
Aufahanie ditemui pada sidang media BS5 yang menyaksikan dia meraih markah sebanyak 75.33 peratus daripada juri profesional, berada di kedudukan kelima keseluruhan.
Ads
Ditanya mengenai prestasi persembahannya malam tadi, Aufahanie yang menyampikan lagu Geming Jiwa mengakui dia berdebar namun cuba memberikan yang terbaik.
“Jujurnya saya memang gementar. Kali terakhir saya buat persembahan secara langsung pada September tahun lalu di Anugerah Industri Muzik ke-23.
“Bila dapat peluang ini, sudah tentulah perasaan tersebut akan ada. Apatah lagi saya memang menantikan peluang sertai Big Stage sejak lima tahun lalu.
Ads
“Ia terbantut susulan kekangan umur dan fokus pada pengajian. Namun akhirnya impian menjadi kenyataan.
“InsyaAllah apa yang boleh saya tambah baik untuk persembahan minggu hadapan ialah kawal perasaan gementar itu.
Jujurnya ketika sesi rehearsal, bagi saya ia lebih baik berbanding malam tadi mungkin kerana ketika itu tiada juri dan penonton.
“Apa pun saya akan cuba buat yang terbaik dan terima kasih kepada peminat yang mulai menyokong perjalanan saya di BS5 ” katanya lagi.
Ads
Bertemakan Manifesto, kesemua 13 peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan, Lah Ahmad.
Program realiti itu sebelum ini telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
BS5 akan berlangsung selama 10 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal, Kaka Azraff berkongsi khabar duka selepas memaklumkan ibunya, telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff menerusi satu hantaran di Instagram Stories.
“Dukacita dimaklumkan ibunda tercinta Redida binti Aziz telah kembali ke rahmatullah (meninggal dunia),” tulisnya.
Memetik hantaran yang dikongsikan di laman Instagram Hlive, ibu kepada Kaka dikhbarkan meninggal dunia disebabkan serangan jantung.
Sementara itu, anak buah kepada penyanyi senior, Ella ini juga sempat berkongsi fotonya memegang tangan ibunya sewaktu menerima rawatan di hospital pada Sabtu.
“Syurgaku, dunia akhiratku,” tulisnya.
Apapun, kami di MH mendoakan semoga Kakak dan seluruh ahli keluarganya diberikan kekuatan untuk menempuh detik sukar.
Semoga Allahyarham ibu Kaka ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Kaka Azraff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Mira Filzah tampil membuka pandangan serta pengalaman para penjaga berhubung perkembangan anaknya, Wan Khair Amir yang melalui fasa yang tidak kerap makan.
Baharu sahaja menginjak usia setahun, Mira merancang ajar anaknya itu makan sendiri. Hal tersebut selepas permata hatinya terpaksa dimasukkan ke hospital akibat demam, sebelum ini.
“Okay Mira sekadar nak tanya pendapat atau cadangan berdasarkan pengalaman masing-masing.
“April lepas Amir pernah demam sampai masuk hospital. Ever since then dia memang tak nak makan sangat. Sampai sekarang, kadang-kadang dia makan kadang dia buang balik dari mulut walaupun makanan tu makanan biasa dia makan/suka atau makanan baru.
“Amir tak pernah makan sendiri. Memang selalu bersuap. Mira shooting sampai puasa lepas, ingat lepas Raya ni nak ajar dia makan sendiri.
“Tapi bila tak nak makan sangat + bagi makan sendiri, lagi lah tak makan. Is it just one of the phases, memang akan ada fasa tak nak makan set or macam mana?,” kongsinya.
Mira meluahkan perkata tersebut menerusi perkongsian Ask Me Question menerusi Insta Stories, baru-baru ini.
Malah Mira pada masa turut bertanya tips yang boleh dipraktikkan bagi memujuk anaknya itu supaya terus berselera untuk menjamah makanan.
“Mommies ada tips tak macam mana nak pujuk anak makan? Today for breakfast Mira buat overnight oatmeal for Amir.
“Ni dia makan, tapi tak banyak sangat sebab dulu lagi banyak makan. And this is his favourite. For lunch Mira but rice balls with egg + broccoli. Bagi dia makan sendiri dan suapkan juga. Amir tak makan.
“For dinner, Mira buat sup salmon + potato. Makan dgn nasi putih. Ni makan sikit,” tulisnya lagi.
Namun bintang ini bersyukur kerana meski tak selera untuk makan, namun anaknya itu masih sihat dan aktif seperti kanak-kanak seusianya.
“But Amir is healthy, happy and active. Cuma concern Mira dia kurang makan. If Mommies ada tips please share okay! New menus ke apa ke,” jelasnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal merayu kepada para pelanggan untuk tidak membeli produk Wawa Sunscreen yang dijual pada harga murah kerana
dikhuatiri ia merupakan produk tiruan.
Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, dia telah menerima beberapa aduan daripada pelanggan yang kurang berpuas hati dengan produk yang dibeli secara atas talian itu.
“Assalamualaikum semua, jangan sesekali beli #wawasunscreen yang bernilai RM35 ke bawah. Terutama sekali yang jual murah dekat Tik Tok tu.
“Saya masih mencari orang-orang yang jual murah ni. Pelanggan yang dapat barang tidak berpuas hati dengan kualiti. Saya masih menyiasat sekiranya barang tersebut adalah palsu,” tulisnya.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh isteri kepada pelakon, Aeril Zafrel itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
Jelas Wawa lagi, mereka yang terpedaya dengan produk tiruan ini berkemungkinan akan mengalami masalah kulit muka sekiranya mengaplikasikan produk berkenaan.
“Saya merayu jangan beli dengan yang jual murah-murah tu kalau anda sayang kulit muka anda. Terima kasih semua yang sokong saya,” ujarnya lagi.
Terdahulu, syarikat kosmetik milik Wawa yang diusahakan bersama suami merupakan penaja utama bagi program realiti popular, Big Stage 2023.
Malah, beberapa hari lalu, terdapat beberapa pihak yang mempertikaikan keputusan Wawa dan Aeril untuk menaja program berkenaan kerana merasakan bajet tersebut boleh digunakan untuk program-program yang lebih bermanfaat.
Bagaimanapun, Aeril menjelaskan keputusan mereka untuk menaja program berkenaan merupakan salah satu bentuk pelaburan dan strategi pemasaran untuk menaikkan jenama syarikat.
Katanya lagi, urusan amal jariahnya terhadap agama tidak sepatutnya dipertikaikan kerana ia bukan sesuatu yang boleh dikongsikan secara terbuka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Wawa Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.