“Tanpa Diduga Anak Sulungnya Kemalangan Dan Meninggal Dunia,” – Teruja Jahitkan Baju Kemerdekaan, Anak Tukang Jahit Fedtri Yahya Pergi Dijemput Illahi

Share

Menerusi entri terbaru pengacara popular Fedtri Yahya, dia membawa berita duka apabila anak sulung tukang jahitnya, Yann Yanti meninggal dunia dalam kemalangan.

Menurutnya lagi menerusi Instagram, wanita itu begitu teruja menjahitkan baju sempena Kemerdekaan buat keempat-empat anaknya.

Bagaimanapun tanpa diduga, beberapa hati selepas itu, anaknya mengalami kemalangan dan meninggal dunia.

Sebelum ini kak @yann_yanti begitu teruja jahitkan baju Sutera, Arjuna, Inaara & Mevlana untuk merdeka. Baru beberapa hari lalu, dalam kegembiraan dan tanpa diduga anak sulungnya kemalangan dan meninggal dunia.

“Moga tabah dengan ujian ini. Moga Allah kurniakan redha dan syurga. Al Fatihah,”

kongsi Fedtri.

Takziah dan Al-Fatihah buat yang telah pergi meninggalkan kita.

Foto : Instagram Fedtri Yahya

IKLAN