“Tanpa Di Sedari, Semua Kasut Sudah Ketat,” – Usia Kandungan Cecah 5 Bulan, Nur Fazura ‘Shopping’ Kasut Baru

Share

Pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura menanti detik kelahiran anak sulung tidak lama lagi.

Difahamkan, usia kandungan figura jelita itu sudah mencecah lima bulan.

Berkongsi perbezaan fizikal, Fazura akui bahawa sepatu yang sering dipakainya sudah tidak muat.

“Hari ini kami on the way pergi Bata! Yaayy! Dapat keluar. Saya akan beli kasut baru jika ada urusan emergency sebab kasut-kasut saya semua dah tak muat.

“Kandungan saya juga telah masuk lima bulan. 

“Tanpa disedari, semua kasut saya sudah ketat,” katanya sambil merakam video.

Menerusi ruangan komen, peminat mendoakan agar proses bersalin berjalan lancar.

Terdahulu, pasangan sama cantik, sama padan ini berkahwin pada November 2017.

Semoga urusan Fattah dan Fazura dipermudahkan.

Video : Instagram Fattah Amin

Published by
Amynur Akmal