Tangkap Katak & Memancing… Antara Aktiviti Pengantin Baru Sarah & Otto, Seminggu Balik Kampung Isteri!

Share

Sudah seminggu berada di kampung halaman isteri di Perlis, tiba masanya pasangan pengantin baru Sarah Hildebrand dan suaminya, Otto Gillen pulang ke Kuala Lumpur.

Malah, Otto,26, gembira kerana sepanjang berada di sana, dia berpeluang melakukan aktiviti perkampungan seperti memancing, bercucuk tanam dan sebagainya.

Dalam pada itu, Otto yang juga merupakan kacukan Filipina-Amerika itu mengabadikan setiap momen indah itu dalam ingatannya.

“I had so much fun out in the Kampung. Thank you everybody for making me feel at home, and thank you for amazing memories, food, fish, and fun.

“I can’t wait to come back. But for now Jom balik KL,” tulisnya.

Terdahulu, Sarah, 29, sah bergelar isteri kepada Otto yang juga seorang pelukis dengan sekali lafaz pada 3 November lalu di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur.

Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin.

Difahamkan, pasangan itu mula berkawan rapat sejak Februari meski sudah saling mengenali sejak sekian lama.

Foto : Instagram Sarah, Otto

IKLAN