“Tanggungjawab Itu Memang Berat, Tapi Adanya Isteri Untuk…,”- Sufie Rashid Bahagia Genap Sebulan Kahwini Ain

Share

Genap sebulan bergelar suami isteri, Sufie Rashid dan Nurulain kini dilihat semakin berseri dan berbunga-bunga. 

Saling melengkap antara satu sama lain, juara Akademi Fantasia 2015 itu meluahkan rasa syukur kerana perkahwinannya kini sudah genap sebulan. 

“Alhamdulillah. Hari ini genap sebulan saya jadi suami kepada isteri kesayangan @nuraaen. Selama sebulan ini, banyak yang saya pelajari. Rasa tanggungjawab tu memang berat tapi adanya si isteri untuk permudahkan segalanya.

“Ya Allah, terima kasih kerana temukan kami sehingga ke pelamin. Sesungguhnya kau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba mu ini.

“To my love, thanks for being a good wife. You complete me. Love you to the moon and back,” tulisnya.

Menerusi video sekitar majlis akad nikah dan majlis resepsi, Sufi turut menerima komen dari netizen yang mendoakan hubungan rumah tangga mereka. 

Terdahulu, Sufi turut menyerahkan wang hantaran berjumlah RM20,000 serta mas kawin sebanyak SGD300.00 (RM910) dan juga sebentuk cincin kepada Ain. 

Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 21 September lalu di Pulse Grande Hotel Putrajaya.

 Foto/ Video : Instagram Sufie Rashid

IKLAN