“Tanggungjawab Dekat Anak-Anak Tetap Nombor Satu,” – Ramai Kecoh Risau Keadaan Isterinya, Hafidz Roshdi Kongsi Momen Dengan Permata Hati

Share

Selepas menjadi sorotan ramai selepas didakwa menumbuk muka isterinya, Nurul Shuhada, pelakon Hafidz Roshdi mengemas kini hantaran terbaharu di Instagram.

Menerusi entri berkenaan, Hafidz berkongsi momen indah bersama dua cahaya matanya, Humairah dan Umar di rumah.

Menerusi hantaran tersebut, Hafidz menerusi kapsyen seolah-olah menjelaskan dia tidak kisah dengan kata-kata orang, sebaliknya memilih untuk memberikan keutamaan kepada permata hatinya.

“Kata la apa pun. Orang bukan tahu macam mana abah sayang anak-anak. Tanggungjawab dekat anak-anak tetap nombor satu,” tulisnya pada video yang turut merakamkan mereka sedang membuat konten untuk satu produk kanak-kanak.

Terdahulu pada semalam, kecoh apabila adik iparnya yang dikenali sebagai Sofea mendedahkan kakaknya telah ditumbuk tiga kali di bahagian muka sehingga mengalami kecederaan.

Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendakwa pelakon itu ada hubungan dengan wanita lain.

Kemudian muncul pula wanita bernama Athira Yuhada yang mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.

Bagaimanapun, Athira mengakui kesilapan itu dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada dan dua anak pasangan itu kerana sudah mengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka.

Namun, Nurul Shuhada dalam perkongsiannya di laman Instagram pula memberitahu dia boleh memaafkan tapi tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku.

Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN