Penyanyi meningkat naik, Iman Troye mengakui penularan wabak Covid-19 sejak awal tahun lalu sedikit sebanyak telah mengekang perancangannya selepas tamat persekolahan.
Menurut Iman, dia terpaksa menangguhkan hasrat melanjutkan pengajian sehingga ada kalanya dia berasa takut dengan ketidaktentuan semasa.
“Youth Comes But Once In A Lifetime – kata pepatah ni is one of my favourite. But being a teenager nowadays banyak cabarannya, lagi lagi during Covid-19 pandemic and kita semua terpaksa duduk dekat rumah. For half a year this year, Iman felt like my life was stagnant for a while.
“When first PKP started, Iman tengah tunggu result SPM and i was really looking forward to start my life in university. But banyak planning tergendala kejap. Truth be told, rasanya semua seperti Iman, rasa sangat sangat risau and takut with the uncertainty at that point of time,” tulisnya.
Ads
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Teman itu menerusi akaun Instagram.
Dalam pada itu, gadis berusia 18 tahun itu mengakui dia harus melakukan pelbagai perkara demi mengurang rasa stress dan keresahan di dalam dirinya.
“Untuk kurangkan anxiety and stress, Iman banyak spend time dengan family with activities like masak masak together, gardening, main board game and karaoke kat rumah. Iman dapat stop from feeling stress and anxious for awhile.
Ads
“For my own daily affirmation and self-healing pula, Iman suka menulis. I like to write my thoughts down in my diary. Sebelum tidur, Iman akan tulis at least one thing yang Iman rasa grateful on that day.
“Tulis dalam diary ni banyak tolong Iman untuk self-reflect and from there, I boleh motivate myself untuk terus kuat and move forward,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Iman atau nama sebenarnya, Iman Alyssa Sahabudin menasihati orang ramai yang mempunyai masalah yang sama sepertinya untuk merujuk kepada mana-mana pakar.
Ads
“Korang pulak macam mana? What do you do to self-reflect and how often korang buat? Cuba share dengan Iman, i would love to know!
“For those that are facing the same problem and need help, you guys can check out MIASA Malaysia,” akhirinya.
Terdahulu, nama Iman kini semakin mendapatkan perhatian selepas kejayaan single pertamanya berjudul Teman yang telah pun meraih lebih 8 juta tontonan selepas hampir sebulan ia dimuat naik di laman Youtube.
Sumber: Instagram Iman Troye
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Raja Syahiran mendedahkan dia sebolehnya mahu menamatkan zaman bujang dengan kekasih hati yang juga pengacara Uyaina Arshad secepat mungkin.
Bagaimanapun, dia dan pasangan perlu mempersiapkan diri terlebih dulu sebelum menggalas tanggungjawab sebagai suami isteri.
Memetik Harian Metro, Syahiran berkata, banyak faktor yang dilihatnya sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
“Perkahwinan bukan setakat majlis perkahwinan saja, tetapi kehidupan selepas bergelar suami juga adalah tanggungjawab besar. Ekonomi dalam situasi pandemik seperti sekarang sedikit sebanyak memang terjejas.
“Jadi, saya perlu menstabilkan dulu ekonomi saya kerana saya perlu memikirkan juga mengenai tanggungjawab dan tanggungan saya bukan saja sebagai suami, tetapi juga sebagai anak kepada ibu bapa saya.
“Jadi, saya nak siapkan fizikal, mental dan juga kewangan terlebih dahulu,” katanya.
Ditanya sama ada dia dan Uyaina sudah menetapkan tarikh perkahwinan, Syahiran memilih untuk tidak mendedahkannya.
“Kami akan umumkan nanti. Kalau boleh, secepat mungkin dan kalau diizinkan dalam tahun ini, maka kami akan melangsungkannya tahun ini,” katanya.
Syahiran juga cuba sebaik mungkin untuk tidak mengadakan majlis perkahwinan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana tidak mahu timbul isu-isu lain selepas majlis.
“Kami nak perkahwinan kami diiringi doa yang baik-baik daripada orang ramai. Kalau boleh, kita lihat contoh perkahwinan selebriti yang berlaku dan mendapat pelbagai kecaman masyarakat.
“Jadi, kalau boleh saya tak mahu berlaku sebarang salah faham atau apa-apa isu selepas majlis,” katanya lagi.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Raja Azura mengajak orang ramai untuk sama-sama menyokong bisnes rakan artis yang juga merupakan pelawak, Azlee Senario.
Menurut Raja Azura, Azlee kini difahamkan sedang menjalankan bisnes menjual buah-buahan segar di sebuah tapak pasar malam yang terletak di Saujana Utama.
“Jom support abang saya ni. Siapa nak buah-buahan Azle? Memang sedap fresh dan murah. Macam orangnya…pemurah.
“Korang boleh pergi dekat tapak Pasar Malam Saujana Utama. Depan Petronas. beli buah je tau. Orang dia jangan sebab tuan buah tuuu dah kelat-kelat masam,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Magika itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Menerusi entri yang sama, Raja Azura juga dilihat sempat mengusik Azlee yang sibuk mempromosikan barangan jualannya itu.
Dalam pada itu juga, Raja Azura turut memanjatkan doa semoga bisnes yang dijalankan oleh Azlee itu akan sentiasa dipermudahkan segala urusannya.
“Semoga Allah permudahkan segala urusan abang saya meniaga insyaallah amin. Support ok gais…..#kitajagakita,” katanya lagi.
Selain buah-buahan, Azlee juga dilihat menjual beberapa produk berasaskan madu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi positif selain turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Azlee.
“Manggis dia jual harga murah sangat. Berbaloi.
“Terbaik Abang Azlee. Sempoi bak hang.
“Murah manggis tu. Kalau boleh rentas, dah pergi dah dekat Abang Azlee.
“Terbaik Abang Azlee meniaga. Nanti ada kesempatan saya pergi terjah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Jom sama2 kita support peniagaan abg azlee senario… semoga Allah luas dan permudahkan rezekinya.. amin.. 🤲🏻
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah foto yang memaparkan anggota kumpulan Senario itu sedang meniaga buah-buahan di salah sebuah tapak pasar malam.
Sumber: Instagram Raja Azura & Twitter Malaysian Food
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fauzi Nawawi berkongsikan detik cemas apabila kediamannya dimasuki ular sawa batik melalui lubang tandas pada malam Jumaat.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Fauzi memuat naik video kehadiran ‘tetamu’ tidak diundang itu termasuk reaksi isteri, Lisdawati dan anak-anak apabila berhadapan kejadian tersebut.
Dalam entri itu juga, Fauzi turut merakamkan ucapan penghargaannya buat anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang bertungkus-lumus menangkap ular sawa berkenaan.
“Jutaan terima kasih pada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
“Dulu lebah masuk rumah, lepas tu tragedi ribut dan pokok tumbang dan malam ni ada ular sawa pula masuk rumah.
“Pada Encik Khairil, Helmi , Saliha dan ramai lagi saya tak ingat nama… sanggup datang tengah malam bantu kami terima kasih banyak-banyak.
“Hanya Allah yang mampu balas jasa kalian,” tulis Fauzi di ruangan kapsyen.
Sementara itu, Lisdawati turut berkongsikan foto dia dan Fauzi serta anggota JPAM berposing dengan hasil tangkapan mereka pada malam tadi menerusi Insta Story.
“Hasil tangkapan malam, ular sawa batik.
“Terima kasih Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,” tulisnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fauzi Nawawi, Lisdawati
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.