Sempena kedatangan Ramadan yang mulia, Issey bergandingan dengan Wany Hasrita menasihati netizen agar berpada-pada dalam berbelanja menerusi sebuah lagu.
Namun apa yang menjadi perhatian apabila gaya tangan kedua-duanya, serentak seperti dirancang.
“Ni video ramadhan tahun lepas. Selamat berpuasa Dari issey dan @wanyhasrita ! . Jangan membazir ok! #gengissey #jarangoyang #ramadhan.”
Pelakon jelita Raja Ilya telah memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, Ilya berkongsi satu rakaman video ketika suaminya, Garrett memakan buah durian buat kali pertama.
“Ini di record Sebelum bulan puasa .. haha ini first time tengok dia Makan Durian ,itu pun sebab kan Scene ,Kalau Tak jenuh gak nak paksa dia rasa .. Akhirnya @sasitharan_k_rajooberjaya convince husband ilya rasa Durian . … #lifestyleoflove #marriedlife”tulisnya.
Pelakon, Datin Zizie Izette ada berkongsi momen InstaStory ketika dia sedang memasak di dapur menerusi akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.
Walaupun bergelar status Datin dan isteri kepada ahli politik, Zizie tidak berasa malu dan kekok untuk berkongsi periuk kesayangan miliknya bersama peminat.
“Sup tulang. Jgn hina periuk gelap ni. Ni periuk kesayangan.”tulisnya.
Untuk rekod, Zizie telah mendirikan rumah tangga bersama ahli politik, Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.
Kemudian, Zizie timang lagi seorang cahaya mata perempuan bernama Aalisa Belle Izette pada 1 Mac lalu.
Baguslah Zizie ni, sentiasa bersikap merendah diri dan penyayang. Dah lah cantik dan pandai memasak pula tu. Bertuah suami!
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat merakamkan rasa syukur dan terharu kerana tahun ini menjadi tahun paling banyak dirinya menjadi duta kepada sesebuah jenama, lapan kesemuanya.
Lalu, ia nyata memberi suatu rasa teruja baru buat penyanyi Temberang ini, apatah lagi dengan kehadiran bintang wanita yang silih berganti.
“Alhamdulillah dengan kepercayaan dan amanah yang mereka berikan buat saya. Malah ada yang ingin sambung lagi. Saya rasa bersyukur, tapi sejujurnya saya sendiri tak tahu apa rahsia kalau ditanya tips menjadi pilihan klien.
“Cuma bagi saya tuhan tu adillah. Ada benda yang Dia tak bagi, tapi Dia berikan suatu benda yang lain,” ujar Ayda yang turut percaya kepada rezeki.
Ditanya bagaimana bintang asal Melaka ini menjadi diri daripada terpalit dengan isu sensasi yang boleh menjerat diri, Ayda mengakui dia bukan individu yang boleh isi masa tak kira waktu.
“Kalau bab kontroversi saya akan cuba jagalah. Memang ada yang cakap kontroversi itu boleh popularkan kita, tapi bagi saya ia lebih kepada negatif. Selagi boleh elak, saya akan cuba elak.
“Malah kalau ditanya apa rutin Ayda Jebat, anda tidak akan melihat saya di mana-mana. Bukan sebab kita berlagak diva atau apa tetapi saya perlu untuk jaga diri selain produk-produk yang ambil saya sebagai wajah wakilan,” jelas Ayda.
Dalam perkembangan lain, Ayda kini sedang dalam persiapan untuk melangsaikan pemikinan album fizikal sulungnya yang bakal dilancarkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Foto: Instagram AJS Screammer
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.