Aktor, Syafiq Kyle menyifatkan babak paling mencabar di dalam filem Takluk: Lahad Datu adalah ketika dia harus memberikan kata-kata semangat kepada anggota pasukan khas komando polis, VAT 69 yang sebenar.
Menurut Syafiq, anggota VAT 69 turut ikut serta di dalam penggambaran jadi, mereka mahukan babak tersebut dilakukan dengan betul dan mampu memberi kesan yang mendalam.
“Ada satu babak di dalam filem ini yang saya kena bagi kata-kata semangat. Jadi, cabaran terbesar saya adalah macam mana saya nak bagi kata-kata semangat bila di hadapan saya itu adalah VAT 69 Komando yang sebenar.
“Para pelakon hanya dibarisan pertama sahaja. Selebihnya dan sehingga baris ke belakang, adalah polis komando yang betul.
“Kalau saya tidak betul-betul memberikan semangat, mereka tidak akan terima babak ini. Mereka akan terus kata lakonan saya tiada jiwa,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, demi menjayakan babak tersebut, dia telah membuat rujukan dengan wakil komando untuk mengetahui intonasi dan lenggok bahasa yang betul.
Ads
“Saya berlatih dialog dan babak tersebut dengan mereka seperti mana yang mereka lakukan di pusat latihan sebenar.
“Sebelum memulakan penggambaran, saya bertanya kepada mereka, adakah cara percakapan saya ini betul dan rasa hingga ke hati?
“Saya dapat banyak input daripada mereka dan ia sangat membantu saya. Perkara paling mencabar adalah untuk mengetuai pasukan VAT yang sebenar,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Syafiq akui mengalami pelbagai kecederaan namun, keterujaan ketika penggambaran membuatkan dirinya lupa akan rasa sakit.
“Sepanjang latihan dan penggambaran, kami bersama dengan pihak VAT 69 selama hampir dua bulan. Mereka pantau setiap latihan dan cara penggambaran.
Ads
“Memang banyak kali juga saya cedera terutamanya ketika melakonkan adegan perang. Kami pakai peralatan komando yang sebenar dan kesemuanya adalah besi.
“Bila mulakan penggambaran, saya kena reload senjata dalam keadaan pantas. Jari saya memang hancur. Namun, pada saya kecederaan seperti ini adalah biasa.
“Kita tak rasa pun masa shooting. Kalau tak cedera, kita tak buat cerita kepolisian ini,” akhirinya.
Terdahulu, filem arahan Zulkarnain Azhar ini telah pun mula ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 22 Ogos lalu.
Selain Syafiq Kyle, filem ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Kamal Adli, Eman Manan dan Fikry Ibrahim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kalau diperhatikan menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, pelakon Nazim Othman sering memuat naik aktiviti dirinya bercuti ke pusat peranginan mewah sama ada di dalam atau luar negara.
Malah, gayanya yang tidak kalah dengan menyarung pelbagai busana dan aksesori berjenama antarabangsa popular turut menjadi tanda tanya di kalangan.
Disebabkan hal itu timbul dakwaan kononnya kehidupan mewah Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman, 38, sebenarnya ditanggung individu kenamaan atau VIP.
Tidak terkejut dengan dakwaan tersebut, pelakon drama bersiri Monalisa itu menerusi Melodi berkata, dia lali dengan tohmahan tidak masuk akal itu.
Malah menyedari khabar angin itu sudah bertebaran sejak beberapa tahun lalu.
“Isu ini bukan perkara baharu. Sekian lama orang bercakap fasal ini sampailah sekarang.
“Betullah benda itu semua tak betul.Saya tak terkejut pun dengar khabar angin ni. Dah lama sangat, kira-kira enam atau tujuh tahun lalu dulu dah dengar.
ji c
“Tiada istilah dibela. Kalau ada pun, saya yang bela diri sendiri,” katanya.
Menurut Nazim lagi, kesemua yang dipaparkan di laman sosial miliknya itu berkait rapat dengan pekerjaannya sebagai seorang pelakon dan selebriti yang sering bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang mahu memasarkan perniagaan mereka.
“Kalau nampak saya hidup mewah, itu adalah positioning. Nazim Othman bukan hanya pelakon, tetapi satu jenama.
“Saya pergi ke tempat mewah, semua itu urusan kerja bersama syarikat-syarikat yang menjalinkan kerjasama bersama saya,” ujarnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nazim Othman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Azmi Saat berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya awal pagi tadi.
Menurut Azmi, dia dan isteri sememangnya berasa amat bersyukur kerana penantian mereka selama sepuluh tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya menjadi kenyataan.
Katanya lagi, segala urusan isterinya sewaktu melahirkan telah pun dipermudahkan dan dia juga berasa amat teruja ketika pertama kali mendengar suara bayinya itu.
“Alhamdulillah. Pukul 9:09 pagi tadi anak sulung saya telah selamat lahir ke dunia.
“Urusan pembedahan berjalan lancar. Macam-macam perasaan ada bila kali pertama terdengar suara baby,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh vokalis kumpulan Caliph Buskers itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Azmi turut menitipkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya itu selama ini.
“Syukur ya Allah. Moga saya dapat menjadi ayah yang baik. Terima kasih atas doa kalian yang tak putus-putus buat kami sekeluarga,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa gembira selain turut mendoakan agar anaknya itu membesar dalam keadaan yang baik dan sihat
“Alhamdulillah, tahniah Azmi
“Tahniah, semoga keluarga Abang Azmi sentiasa di dalam lindungan Allah SWT.
“Alhamdulillah, tahniah Azmi. Semoga isteri diberikan kesembuhan sepenuhnya. Baby dan ibu sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan.
“Tahniah Azmi. Syukur, Alhamdulilah. Semoga terus dilimpahkan rezeki dan kebahagiaan. Dikuatkan iman serta dapat membimbing anak menjadi seorang yang beriman dan beramal soleh,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, Azmin pernah memaklumkan dia dan isteri bersetuju untuk melahirkan bayi sulung meraka ini secara prosedur pembedahan dan memilih tarikh hari ini bersempena dengan hari lahirnya yang ke-33 tahun.
Sekadar informasi, Azmi dan isterinya, Naziah Muhammad yang juga merupakan pasangan cacat penglihatan atau orang kelainan upaya (OKU) ini telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada 2011.
Sumber: Instagram Azmi Saat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Saerah optimis untuk memberikan sepenuh perhatian dalam membimbing anaknya, Amad Dayyan, yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager.