Pelakon Ruhainies berharap agar wataknya sebagai Ellani menerusi drama rantaian, Cukup Derita Itu (CDI) mampu meninggalkan impak baik terhadap kerjaya lakonannya selepas ini.
Menerima reaksi positif penonton menerusi drama yang kini bersiaran menerusi slot Samarinda di TV3 itu, Ruhaninies, 29, sebolehnya tidak mahu dilabel sebagai pelakon yang kerap menerima watak hampir sama semata-mata.
“Alhamdulillah, banyak yang berikan reaksi yang baik-baik. Harap penampilan saya dalam drama CDI mampu tonjolkan skil lakonan saya sebaiknya.
“Sebab sebelum ini, mungkin ada yang kerap tonton saya pegang watak orang kaya, hidup di kota dan seumpamanya.
“Jadi kali ini, saya cuba alih pada sisi berbeza, dengan menerima tawaran gadis yang dilayan bak ‘Cinderella’ iaitu Ellani.
“Kalau boleh, saya tak mahu orang hanya fikir saya ni artis ‘stereotype’ atau asyik bawa karektor orang kaya saja. Malah saya juga gelapkan rambut biar sesuai dengan watak yang dibawa,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Ruhainies atau nama lengkapnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas juga mahu cabar diri dan berkeyakinan hasil tunjuk ajar semua pihak terlibat.
“Naskhahnya agak berat. Saya pernah bawa watak yang seolah sama sebelum ini, cuma ia bukanlah dalam sebuah drama yang banyak episod.
“Jadi sudah tentu ada ketika ia memenatkan kerana saya perlu bermain dengan emosi di dalam kebanyakan babak.
“Saya fikir, inilah masanya untuk buktikan sesuatu. Pada masa sama, nak cabar diri. Hampir empat bulan juga kami ‘shooting’ dan ia banyak berikan pengalaman berharga.
“Syukur dan bertuah bila pengarahnya, Along Kamaludin bersama pelakon lain turut sama saling membantu demi menghidupkan watak masing-masing.
“Saya sedia maklum, ramai yang menantikan bagaimanakah hasil CDI bila naskhah novel diadaptasi ke televisyen. Harapnya penonton tak kecewa dan puas hati, insya-Allah,” katanya lagi.
CDI karya Siti Rosmizah yang turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Hisyam Hamid, Jasmin Hamid, Didie Alias dan Chacha Maembong itu ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sudah menjadi kebiasaan, persalinan yang digayakab selebriti kita akan menjadi perhatian orang ramai khasnya bila menjelang Aidilfitri.
Hasil tinjauan MH di akaun Instagram milik selebriti dan usahawan terkenal, Datin Rebecca Nur Al-Islam, wanita cantik ini dilihat kekal mengenakan busana raya sedondon bersama keluarga sehingga ke hari raya Raya Aidifitri ke-5.
Jom lihat pelbagai pilihan warna telah menjadi pilihan Rebecca sekeluarga.
Raya Pertama (Jingga)
Raya Kedua (Merah Jambu)
Raya Ketiga (Coklat Terang)
Raya Keempat (Hitam)
Raya Kelima (Biru Terang)
Bukan itu sahaja, perkongsian Rebecca tersebut telah mendapat perhatian serta pujian daripada peminat.
Foto: Instagram Rebecca Nur Al-Islam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Sweet Qismina meluahkan rasa syukur apabila dia kini sudah kembali sembuh dan pulih selepas disahkan positif Covid-19, pertengahan April lalu.
Sweet atau nama sebenarnya Farhana Qismina Supandi berkata, apa yang telah berlaku menjadi suatu pengalaman sangat berharga, meski terpaksa menjalani tempoh kuarantin bagi mendapatkan rawatan.
“Kalau kita fikir balik, ia merupakan satu pengalaman yang sangat luar biasa. Kita tidak mahu penyakit tu, kita juga tak minta. Tapi Allah SWT dah bagi takdir tersebut dekat kita.
“Jadi bila kita sudah lalui, alhamdulillah. Tahap yang saya alami tidaklah teruk sampai peringkat empat atau lima. Syukur semuanya dipermudahkan dan kembali sihat seperti biasa,” katanya kepada MH.
Bintang berusia 24 tahun ini turut menambah, pengalaman tersebut akan terus diingatinya sampai bila-bila.
“Ya, satu pengalaman luar biasa. Saya juga tak nafikan, rasa rasa sedih ada, menangis pun ada. Cuma nak dikatakan alami depresi tu, tak adalah. Hanya mental sahaja yang tak kuat ketika itu.
“Bagaimanapun bila difikirkan balik, bila sudah pulih ni, rasanya perkara ini akan kongsikan pada anak cucu saya nanti.
“Ini pandemik yang berlaku di seluruh dunia dan kita tak tahu penyakit ini akan wujud sampai bila,” katanya lagi.
Sementara itu, Sweet mengakui ada segelintir pihak yang menunding jari menyalahkan dirinya apabila disahkan positif ketika berada di Perak.
“Pada mulanya, kita rasa marah bila ada orang tunding jari dekat kita kan. Tapi bila kita fikir balik, kita tak boleh nak salahkan sesiapa.
“Saya anggap ia bukan satu isu yang besar dan bila kita tunding jari dekat orang lain pun dah salah sebenarnya.
“Awak tak boleh nak salahkan orang lain kalau awak sendiri pun tak jaga SOP. Jadi pada saya, jika ada yang mendakwa saya ni pembawa atau punca, saya terima dengan hati yang terbuka,” katanya lagi.
Pelakon drama bersiri Bidadari Salju ini ditemui pada majlis iftar Warner Music Malaysia di Kampung Resort Café, Sunway Resort Hotel, Selangor.
Terdahulu, Sweet telah menjalani rawatan selama 3 hari di Hospital Kuala Kangsar, Perak sebelum dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di Arena Badminton, Perak, selama tujuh hari.
Foto: Instagram Sweet Qismina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...