Tampil Super Langsing, Hairul Azreen Kata Hanis Sangat Disiplin Soal Pantang

Share

Berkongsi penampilan pertama selepas tamat pantang, Hanis Zalikha menerima pujian dari netizen.

Pujian diberikan terhadap ibu kepada dua cahaya mata itu apabila berjaya mengekalkan bentuk tubuh langsing selepas bersalin, bulan lalu.

Menerusi ruangan komen, pelakon Paskal itu menegaskan isterinya seorang yang sangat berdisiplin menjaga pantang, malah diet yang diamalkan juga tidak mampu diikuti aktor sasa itu.

Satu je nak cakap disiplin keknis jaga pantang sangat tinggi !!! saya jaga diet pun tak sehebat dia🔥

That’s my girl.

Malah, Datuk Seri Siti Nurhaliza antara selebriti yang turut memberikan reaksi kagum akan imej ibu kepada dua orang anak itu.

Netizen turut meminta tips yang diamalkan Hanis.

Foto : Instagram Hanis Zalikha

IKLAN