Tampil Konsep Melayu Klasik, Ain Edruce Tampil Anggun, Elegan Di Majlis Bertandang!

Share

Pelakon dan pengacara jelita, Ain Edruce berkongsi ada berkongsi sekeping foto majlis bertandang di laman Instagram miliknya.

Menariknya, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce telah berkongsi foto busana pengantin untuk majlis bertandang perkahwinannya.

Bukan itu sahaja, Ain kelihatan sangat elegan apabila memakai busana pengantin yang berkonsepkan melayu klasik.

“Majlis bertandang Amirul hafiz dan Nurulain

“Busana pengantin : @wanpaofficial

Makeup and hair : @sahirsabri

📸 : @theklikerwpp #ainxxamirul,” tulisnya.

Di ruang komen, rata-rata netizen memuji pasangan ini yang kelihatan sama cantik sama padan.

Terdahulu, Ain dan Amirul bertunang pada 22 Jun lalu selepas lebih setahun berkenalan di Instagram.

Pasangan ini telah melangsungkan majlis pernikahan pada 13 Disember lalu.

Foto: Instagram Ain Edruce

IKLAN