Doktor popular, Dr Say Shazril mengabadikan momen indah bersama anak menerusi laman Instagram miliknya. Jelasnya, walaupun hampir tiga bulan duduk di rumah tanpa sebarang aktiviti namun dia bahagia dapat melihat anak, Aezriel (Ace) membesar di depan mata.
Malah setiap detik berharga daripada si kecil mula bertatih dan mula bermanja merupakan
satu rahmat yang tidak ternilai.
Jelasnya, kadang kala ibu bapa terlalu mengejar kerjaya dan masa hadapan sehingga lupa menghargai anak dan keluarga di depan mata.
“Topic : Such A Beautiful Life
“Hari ni hari ke 83 PKP. Almost 3 bulan. Kalau tanya sy apa yg sy achieve sepanjang PKP ni on a self progress basis, terus-terang sy cakap nothing. Sy xpnah buat homeworkout sepanjang PKP, tak pernah masak fancy sepanjang PKP not even Dalgona coffee, takde juga belajar skill baru.
“Tapi sy sangat happy. Happy melihat perkembangan pesat anak sy sepanjang PKP ni dari jalan bertatih sehingga hampir nak terbang, dari taknak daddy sehinggakan daddy turun tangge terus sengih lebar mintak dukung, dari muka kelat + ketat sehingga gelak tidak tersekat. Pepatah omputih ade cakap “Count Your Blessing”. Sometimes kita terlalu mengejar masa hadapan sehinggakan kita terlupa apa yg ada di sekeliling kita pada masa kini. Hargailah sebaik mungkin apa yg berlaku di sekeliling kita ye peeps?” kongsinya panjang lebar.
Pelakon Fasha Sandha menanti detik kelahiran zuriat sulung hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Aidil Aziz.
Bintang versatil ini kini mengalami perubahan fizikal kerana berbadan dua.
Kongsinya, bahagian kaki mulai mengalami bengkak, manakala bahagian tangan pula mengalami siptom ‘carpel tunnel’ iaitu kesakitan Saraf Median akibat tekanan yang berpanjangan.
“Kaki kiri kami bengkak teruk, tangan pula dua2 belah kena Carpal tunnel . Doktor kata tak payah risau semua ni akan berakhir lepas bersalin.
“Suami tolong urut2 setiap hari Alhamdulillah. Terima kasih suami ku I can’t live without you my hero and my kids #iburayfalraysha.
“Ok siapa yang kenal makcik2 pakar urut orang hamil (yang bertauliah) please DM me ok. Thanks ,” kongsinya.
Menerusi video pendek yang dirakam pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu, suaminya sedang mengurut bahagian kakinya bagi mengurangkan memberi kelegaan buat Fasha.
Lantas, telah mendapat lebih 100,000 tontonan dan ribuan komen dari peminat.
Difahamkan, Fasha bakal melahirkan anak ketiganya akhir Julai depan.
Imbas kembali, Fasha sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima, hasil perkahwinan pertama bersama Rizal Ashram.
Bagaimanapun, keduanya mengambil keputusan untuk berpisah kira-kira empat tahun lalu
Kemudian, Fasha berkahwin dengan Aidil Aziz pada 30 Mac 2019 dan kini sedang menantikan zuriat pertama mereka bersama.
Foto : Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!