Tamat Pengajian, Ben Ali Bangga Kejayaan Isteri, Nadiyah Shahab, “I’m A Proud Husband!”

Share

Suami kepada pelakon Nadiyah Shahab iaitu Ben Ali meluahkan rasa bangga dengan kejayaan isterinya kerana telah berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Undang-Undang (Second Class Honors In Law Degrees) di Universiti of London.

Perkara itu dikongsikan Ben menerusi IG Storiesnya apabila mengabadikan momen indah kejayaan isterinya dalam majlis konvokesyen ke-30 yang berlangsung di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), petang semalam.

Sementara itu, Nadiyah atau nama lengkapnya Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab turut berkongsi momen indah di IG Storiesnya.

Dalam perkembangan lain, pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada November 2018 itu kini sedang mengembangkan perniagaan hasil usaha sama dalam bidang pastri, kek dan cokelat.

Foto/Video : Instagram Ben Ali, Nadiyah Shahab

IKLAN