Suami kepada pelakon Nadiyah Shahab iaitu Ben Ali meluahkan rasa bangga dengan kejayaan isterinya kerana telah berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Undang-Undang (Second Class Honors In Law Degrees) di Universiti of London.
Perkara itu dikongsikan Ben menerusi IG Storiesnya apabila mengabadikan momen indah kejayaan isterinya dalam majlis konvokesyen ke-30 yang berlangsung di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), petang semalam.
Sementara itu, Nadiyah atau nama lengkapnya Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab turut berkongsi momen indah di IG Storiesnya.
Ads
Dalam perkembangan lain, pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada November 2018 itu kini sedang mengembangkan perniagaan hasil usaha sama dalam bidang pastri, kek dan cokelat.
Beberapa hari lalu, pelakon Mia Ahmad ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya sekaligus menjadi tanda tanya kepada peminat.
Menerusi entri berkenaan, Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi memaklumkan telah berhenti memberi susu badan kepada anak pertamanya, Issa.
“Macam nampak besar lagi Issa dari mommy kat sini . Susu @rayyansusukambing_hq ada macam2 perisa untuk dicuba oleh bayi seawal 3bulan. Fav Issa mestilah yang coklat .
“Ni lah reason juga kenapa mommy stop bf, sbb Issa dah nak jadi abang. susu utk pregnant mommy pun ada tau!
Pada masa sama, Mia juga turut berkongsi foto percutian bulan madu bersama suami dan anaknya di Pulau Bali dengan berserta kapsyen ‘babymooninbaliagain’.
“Bali, AGAIN and AGAIN. #IzhaMiaIssa #babymooninbaliagain,” tulisnya.
Di samping itu, bintang berusia 31 tahun itu kelihatan sudah mempunyai ‘baby bump’ menerusi sekeping foto yang dikongsi oleh Mia di media sosial berkenaan.
“DPS-KUL-PD . Food hunting later. Makanan apa yang sedap dekat PD ni? #16weeks,” tulisnya.
Terdahulu, Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak JDT, iaitu Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa.
Foto: Instagram Mia Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pagi tadi dunia hiburan dikejutkan berita sedih atas pemergian pemuzik terkenal, Faizal Uzir atau sinonim disapa Lok U.
Allahyarham kerap kali mengiringi persembahan penyanyi popular tanah air selain sering terlibat dalam program-program hiburan di TV3.
Bagaimanapun, pemergiannya nyata mengejutkan ramai pihak dan secara langsung ia turut memberi kesan kepada para selebriti yang pernah bekerjasama dengan arwah.
Erra Fazira misalnya antara rakan artis yang turut bersedih atas kehilangan seorang lagi permata seni itu.
Pernah terlibat secara langsung dengan arwah ketika sama-sama terbabit dalam program Mentor, primadona filem Melayu alaf baru ini menitipkan dedikasi terakhir buat arwah menerusi Instagram.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Diusia 45 tahun. Allahyarham Faizal aka LokYu meninggalkan kita mengadap yang Maha Esa. Satu kejutan buat industri muzik tanahair memandangkan LokYu insan seni yg aktif dan bz dgn tugasannya.
“Namun itulah kehidupan, sihat ataupun muda bukan jaminan. Khabarnya, Allahyarham pergi akibat sesak nafas setelah pulang dr jogging . Innalillahiwainnailaihirojiun,” tulisnya.
Erra pada masa sama turut mengimbau kenangan sama arwah suatu ketika dahulu.
“LokYu, saya bekerja rapat dgn beliau ketika program Mentor. Byk jasa dan bantuan LokYu kepada saya untuk menzahirkan kelainan buat anak didik saya, @salma_asis.
“LokYu insan yg sangat creative, cinta pada tugasnya, simple, mudah didekati dan ceria dimata saya.. Hanya Allah yg dapat membalas kebaikkannya dan moga Allah tempatkan Allayarham dikalangan hambaNya yang beriman, amin. AlFatihah buat Faizql aka LokYu,” titip Erra lagi.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...