Semalam, MH mendapat perkhabaran sedih mengenai pemergian pemain bass kumpulan Samudera, Azizan Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Jimmy yang telah meninggal dunia pada semalam, Ahad di Rengit , Batu Pahat, Johor.

Memetik laporan mStar online, pengurus kumpulan tersebut , Mahadi Latif berkata dia mendapat perkhabaran sedih ini selepas menerima panggilan daripada Shah Samudera.

Tambah Mahadi, Jep yang merupakan salah seorang anggota kumpulan berkebaan cuba mengejutkan Jimmy untuk bangun. Bagaimanapun, dia mendapati pemain gitar itu sudah tidak sedarkan diri.

“Saya terima panggilan daripada Shah mengatakan Jimmy sudah meninggal dunia antara pukul 7.30 hingga 8 pagi.

 

 

“Jep beritahu saya yang dia cuba kejutkan Jimmy bangun tapi dia tak bergerak dan tidak bernyawa,” kata Mahadi ketika dihubungi.

Mahadi menambah, dia tidak menyangka kali terakhir mereka membuat persembahan bersama di Batu Pahat, malam sebelum kejadian.

IKLAN

(Takziah) Jimmy Samudera Meninggal Dunia Ketika Tidur

Malah, Jimmy difahamkan turut melakukan persembahan baik pada malam itu dan tidak menunjukkan sebarang tanda sakit.

IKLAN

“Semalam dia buat persembahan itu nampak baik sahaja. Tak ada tanda-tanda dia sakit. Tapi sudah ajal, Allah lebih sayangkan arwah,” ujarnya.

Menurut Mahadi lagi, Jimmy tidak mempunyai sebarang penyakit dan kini doktor masih belum mengenal pasti punca kematiannya.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 48 tahun dan mempunyai seorang isteri dan dua orang anak.

IKLAN

Kami di MH mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga dan juga kenalan Allahyarham Jimmy. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Untuk rekod, kumpulan Samudera merupakan kumpulan muzik yang cukup terkenal era 90-an. Antara lagu hits mereka ialah Sungguh Tak Ku Sangka, Airmata Dewiku dan banyak lagi.

Sumber : mStar online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI