“Takut Sangat Ini.. Tolong Bagi Penjelasan,” – Misteri Ketuk Pintu, Linda Rafar Mohon Info Daripada Netizen

Share

Penyanyi dan usahawan, Linda Rafar mengimbau detik cemas apabila kes ketukan pintu misteri yang dilaporkan kini telah berlaku di sekitar negeri Melaka.

Menerusi entri di Instagram, Linda memohon netizen untuk berkongsi maklumat perkara tersebut kerana berasa bimbang keselamatan keluarganya.

Difahamkan, kes misteri tersebut sebelum ini berlaku di sekitar Sabak Bernam, Selangor, sekitar penghujung November lalu.

“I’m gonna deleted soon!! Pls share info ketuk pintu rumah ni btul ke tak??Linda n Anak2 takut sgt ni.. tolong bg penjelasan ….

“Jika benar info ni n ada yg terkena pls bg tau yg benar.. ,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut berkongsi cerita dan pengalaman menghadapi perkara yang sama.

Foto: Instagram Linda Rafar

IKLAN