Sebagai ibu bapa, bukan mudah untuk kita mengawal setiap kerenah anak-anak , lebih-lebih lagi apabila kita membawa mereka ke tempat awam seperti shopping mall dan sebagainya.

Kadang-kadang tanpa sengaja anak kita tertumpahkan makanan atau minuman, termuntah dan perkara itu semua di luar jangkaan kita namun di situlah peranan sebagai ibu bapa bermula untuk mengawal keadaan.

Baru-baru ini, MH ada terlihat satu posting daripada chef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob di Instagram yang berkongsi sebuah video sedang membersihkan lantai di sebuah kedai serbaneka.

Menurut kapsyen Fazley, dia berkata salah seorang daripada anaknya termuntah di lantai kedai serbaneka jadi dia terpaksa membersihkan lantai tersebut supaya orang lain tidak terpijak muntah anaknya.

IKLAN

“Lepas jadi Driver untuk ibu tersayang, saya bawak @payishpiyashpiyush pulak ke #FamilyMart, nak tahu apa jadi? #Piyush muntaaaaahhh! Terpaksa lah saya bersihkan sebab taknak orang lain terpijak! ???,” tulis Fazley di ruang kapsyen.

MH sungguh kagum dengan sikap Fazley dengan membersihkan lantai di kedai tersebut dan bagi MH sikap ini harus dijadikan sebagai contoh buat para ibu dan bapa di luar sana.

Malah bukan MH sahaja yang merasakan sikap Fazley ini harus dijadikan contoh tetapi para pengikut dan peminat Fazley sendiri menerusi ruang komen turut setuju dan memuji tindakkannya.

akmar_tiey: contoh yg baik.kita klu ank.muntah rs bersalah klu org lain yg bersihkan

IKLAN

ardlui123: Bagus contoh untuk keluarga lain biasa walking a away that responsible

norlilymohammad: Good parent…jd contoh utk anak2 Dan parent yg lain

IKLAN

nobirnnao: Terbaik ???@fazleyyaakob …itu yg sebenarnya kita kena buat…jgn pakai tglkn gitu je….lain la masa kita nk buat bila tanya cleaner alat2 membersih nie..cleaner tu kata tk pe….dia akan bersihkan….

ladolcehani: Bagusnya @fazleyyaakob ..kebanyakan parents akan cepat2 ambil ank dan tinggalkn kotoran dgn harapan staff yg akan bersihkan ?

MH harap ibu bapa di luar sana menjadikan sikap Fazley ini sebagai contoh kerana anak-anak akan mengikut setiap perkara yang dilakukan oleh ibu dan bapanya. Jadi contoh yang baik seperti ini harus didedahkan kepada anak-anak sedari mereka kecil lagi.

Sumber: Instagram Datuk Fazley Yaakob

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI