Kasihan MH lihat para artis sekarang ini, ibarat apa sahaja yang mereka lakukan mesti akan mendapat perhatian netizen, kalau dapat komen positif mungkin seronoklah, tapi kalau kena kecam dengan makcik bawang, tahan rasa sajalah.

Semalam, MH tertarik dengan perkongsian pelakon, Mona Allen yang bakal muncul dalam drama Monalisa bermula Selasa ini.

Apa yang menariknya apabila Mona terlebih dahulu meminta maaf sekiranya lakonan jahatnya dalam drama tersebut akan membuatkan makcik-makcik bawang ‘naik angin’

“Nervous la! #dramamonalisa sebanyak 80 episod akan mula bersiaran di Astro Prima & Maya HD bermula selasa ini, 6 petang.

“Mohon tenangkan jiwa memasing jika ingin menonton drama ini. Saya ingin meminta maaf jika watak saya kali ini akan membuatkan makcik2 bawang melempar bawang ke arah TV kerana lakonan saya yg jahat.

“Ini hanya lakonan semata-mata.Tiada kena mengena dgn yg hidup atau yg mati. Ampun beribu ampun,” tulisnya di ruangan kapsyen

IKLAN

Mula-mula MH pelik jugalah kenapa Mona memuat naik kapsyen sebegitu, rupanya dia pernah ada kes dengan makcik bawang sebelum ini berkaitan dengan drama itu juga.

MH difahamkan bahawa sebelum ini ada foto Mona sedang menjalankan penggambaran drama tersebut di sebuah kubur namun dikecam makcik bawang kerana pakaian ketat yang dikenakannya.

IKLAN

Takut Dilempar ‘Bawang’ Kerana Lakonan Jahat Dalam Drama, Mona Allen Minta Maaf Siap-Siap

Rata-rata makcik bawang meluahkan perasaan sebak mereka melihat Mona yang seolah-olah tidak menghormati kawasan tanah perkuburan serta mempersendakan agama kerana tampil berpakaian begitu.

IKLAN

Dalam pada itu, golongan makcik bawang ini juga tidak menerima alasan Mona yang mengatakan bahawa dia hanya mengikut skrip dan lakonan.

Namun begitu, Mona telah pun menjawab perkara tersebut. Jadi rasanya tidak perlulah netizen panjangkan isu itu ya.

Sumber: IG Mona Allen

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI