Bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander akui ada memohon kenaikkan gaji sewaktu perbincangan untuk melanjutkan kontrak.
Menurut Tyzo, walaupun kata sepakat tidak dapat dicapai, dia tetap menandatangani kontrak kerana masih menyayangi pekerjaannya bersama stesen radio tersebut.
“Memang saya ada mintak kenaikkan gaji sebanyak RM500. Namun, inilah balasan yang saya terima. Mereka hanya sambung kontrak saya dan perbincangan gaji akan dibuat semula pada bulan Mac.
“Walaupun tak beri kenaikkan gaji tapi saya tetap tanda tangan. Kalau saya berperangai diva, saya tidak akan tanda tangan. Itu logiknya.
“Bukan saya sahaja yang minta kontrak enam bulan. Kak Sharifah Shahira pun pernah minta sebanyak dua kali. Bila tak dapat kata sepakat, sebab itu kontrak itu enam bulan sahaja.
“Takkan sebab RM500 terus nak buang saya tapi boleh pula ambil tiga orang baharu,” katanya kepada MH.
Ads
Tyzo berkata sedemikian ketika sidang media tergempar yang berlangsung di Damansara, Selangor pada Jumaat.
Pada masa sama, Tyzo turut mendedahkan gaji para penyampai Suria FM telah dipotong walaupun selepas syarikat mencapai keuntungan.
“Sebelum ini, gaji kami telah dipotong banyak hampir 35%. Selepas dua tahun, kami masih tak dapat gaji asal.
Ads
“Bila Dj Lin umumkan ada keuntungan besar tapi gaji kami masih dipotong. Saya rasa semua media tahu yang sebelum ini Suria pernah meraih keuntungan tinggi selepas beberapa tahun,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Tyzo turut menafikan tidak berminat menyambung kontrak seperti didakwa Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG) Berhad, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse dalam sidang media, petang tadi.
Katanya, kebiasannya pihak pengurusan akan bertanya pada saat akhir iaitu seminggu sebelum kontrak tamat.
Ads
Namun, katanya, dia terkejut pihak pengurusan Suria FM buat kesimpulannya tidak berminat hanya kerana tidak memaklumkan dua bulan sebelum kontrak tamat.
“Mereka buat kesimpulan saya tak berminat hanya sebab saya tak ‘update’ pihak pengurusan, sedangkan sebelum ini seminggu sebelum kontrak tamat barulah mereka akan tanya dan sambung kontrak.
“Tapi, lain pula cerita kali ini? Sebelum ini, kontrak Sharifah Shahirah diperbaharui enam bulan sekali, tapi kenapa bila giliran saya terus buat kesimpulan saya tak berminat?” ujarnya.
Malah, Tyzo turut memberikan responnya mengenai rating segmen Suria Petang yang dikatakan menurun sejak dia memenangi anugerah Penyampai Popular, ABPBH.
“Saya kerja sorang sahaja ke? Kalau betul pendengar Suria Petang menurun, kontrak Kak Rara pun sepatutnya ditamatkan juga,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Khabar sedih menyelubungi dunia seni fesyen tanah air apabila Jiman Casablancas atau nama sebenarnya Muhammad Nizam Khamis dilaporkan meinggal dunia pada malam Ahad.
Jiman yang merupakan seorang ikon fesyen, nasihat perhubungan awam dan bekas peguam bukanlah asing dalam dunia seni tempatan.
Allahyarham kerap menjadi pilihan sebagai penasihat fesyen kepada pelbagai jenama selain bekerjasama dengan selebriti popular dalam merangka stail mereka.
Rakannya yang juga pelakon terkenal, Nabila Huda berkongsi berita ini dalam satu hantaran yang dimuat naik di ruangan Insta Story miliknya.
“Dukacita dimaklumkan kita kehilangan seorang sahabat, abang dan kesayangan Mohd Nizam Khamis atau lebih dikenali sebagai Jiman Casablancas. Didoakan agar Allah mengasihani dan mengampunkan arwah dan menempatkannya di tempat terbaik di syurga.
“Semoga Allah mengurniakan ketabahan dan kekuatan kepada ahli keluarga yang kehilangan Jiman,” tulis Nabila ringkas.
Dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung, jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Batu 5, Jalan Ipoh pada jam 10 pagi hari ini.
Imbas kembali, Jiman merupakan seorang graduan dari Universiti Malaya dalam jurusan undang-undang dan pernah disenaraikan sebagai 100 Individu Paling Berpengaruh di Malaysia oleh GetCraft.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramli terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru sekitar jam 6.00 petang, pada Ahad akibat jangkitan kuman dalam darah.
Bagaimanapun, anaknya iaitu Muhamad Syazreen Haqem, 24, tidak meyangka apabila bapanya perlu diidurkan susulan dia tidak pernah mengalami penyakit kronik sebelum ini.
Lapor Harian Metro, Syazreen yang juga anak ketiga pelawak itu berkata, bapanya juga hanya tersenyum apabila doktor memaklumkan dia akan ditidurkan.
“Doktor juga meminta saya ajar babah (panggilan untuk bapa) mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.
Tambah Syazreen, sebelum itu bapanya ada mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan oksigen.
“Kami berada di Johor Bahru kerana babah terbabit dengan program bersama kumpulan Senario yang sepatutnya berlangsung malam ini.
“Semuanya bermula apabila babah mengadu demam dan mengalami cirit-birit sejak semalam dan kami sangkakan dia mengalami keracunan makanan.
“Namun, selepas dibawa ke hospital, babah mengalami sesak nafas dan doktor beritahu ada jangkitan kuman dalam darahnya hingga terpaksa ditidurkan,” katanya.
Mengulas keadaan bapanya, kata Haqem, dia juga membuat panggilan video bersama ahli keluarga dan anggota Senario untuk memaklumkan keadaan bapanya sebelum ditidurkan.
Dia dan keluarga bagaimanapun lega apabila doktor beritahu keadaan bapanya stabil ketika ini.
“Kami juga tidak tahu berapa lama babah akan ditahan di ICU dan ditidurkan.
“Justeru, kami sekeluarga memohon orang ramai termasuk rakan artis yang mengenali babah untuk sama-sama mendoakannya sembuh dengan segera,” katanya lagi.
Terdahulu, Hamdan berada di Johor Bahru sejak semalam kerana terbabit dengan program bersama kumpulan Senario iaitu Wonderful Night with Senariounion, malam ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerima khabar duka apabila pelawak, Hamdan Senario telah pergi dijemput Illahi, kira-kira jam 12.50 tengah tadi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Sebelum ini, Allahyarham Hamdan ditidurkan berikutan jangkitan kuman dalam darah.
Berita sedih pemergian pelawak berusia 54 tahun itu turut disahkan oleh ahli kumpulan Senario iaitu Azlee, petik mStar.
Terdahulu, anak bongsu arwah iaitu Nur Natasya Umairah, 20, berkata bapanya dibawa ke hospital kerana mengalami cirit-birit.
Hamdan berada di Johor Bahru, Johor bersama anggota Senario lain untuk menjayakan acara Wonderful Night with Senariounion sempena ambang tahun baharu 2024.
Bagaimanapun, acara berkenaan diteruskan tanpa Hamdan susulan masalah kesihatan yang menimpanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...