“Takdelah Share Apa Pun, Benda-Benda Simple Je,” – Giliran Elfira Loy Buka Saluran Telegram, Turut Kongsi Ilmu Agama

Share

Elfira Loy mengambil inisiatif sendiri untuk berkomunikasi bersama peminat secara lebih dekat dengan menubuhkan satu saluran di Telegram.

Kongsi Elfira, saluran yang diberi nama DiaryElmu itu dibuka khusus untuk berkongsi ilmu keagamaan serta motivasi bersama peminatnya.

“My own notes that i shared on my telegram channel . Since i got a lot of dms asking the link and name. Here it is.

“You can search DiaryElmu as in “ ILMU “ heheh or you can clink the link on my bio. InshaAllah jumpa.

“Takdelah share papepun benda benda simple je . Kalau berminat bolehlah join,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat nyata teruja dengan pengumuman berkenaan dan ada di antara mereka sudah pun menjadi sebahagian dari ahli di platform komunikasi terbabit.

Saluran tersebut sudah boleh diakses secara percuma dengan mencari kata kunci DiaryElmu di ruangan carian.

Foto: Instagram Elfira Loy

IKLAN