Ads

“Tak Uar-Uarkan Lagi Banyak Pahala,” – Ella Dah Lama Buat Kerja Amal Diam-Diam, Rupanya Setiap Bulan Konsisten Ada Penerima Tetap

Ratu Rock tanah air, Ella tidak menafikan dirinya sudah lama terbabit aktif dalam aktiviti kebajikan dan kemanusiaan, khususnya untuk membantu golongan yang memerlukan.

Perkara itu turut disahkan oleh suami Ella, Kapten Azhar Ghazali, yang memaklumkan mereka lebih selesa melakukan kerja amal secara senyap tanpa pengetahuan umum.

“Tak Uar-Uarkan Lagi Banyak Pahala,” – Ella Dah Lama Buat Kerja Amal Diam-Diam, Rupanya Setiap Bulan Konsisten Ada Penerima Tetap

“Ella pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan dan menyantuni mereka yang tinggal di khemah-khemah pelarian di Syria.

“Selain itu, Ella juga sering bekerjasama dengan Yayasan Kebajikan Negara untuk menyumbang pemikiran dan idea kepada para belia di sekolah.

“Ella turut menyumbang alatan muzik di sekolah-sekolah untuk pembangunan generasi baharu yang cintakan muzik.

“Selain itu, Ella juga sering menyumbang makanan kepada para gelandangan,” katanya kepada MH.

Suami kepada penyanyi lagu Rama-Rama itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan pengumuman Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Rabu.

Ads

“Tak Uar-Uarkan Lagi Banyak Pahala,” – Ella Dah Lama Buat Kerja Amal Diam-Diam, Rupanya Setiap Bulan Konsisten Ada Penerima Tetap

Menurut Azhar lagi, mereka turut mempunyai senarai penerima bantuan dalam kalangan rakan artis dan individu lain yang memerlukan. Lebih menarik, kebanyakan mereka tidak tahu bahawa sumbangan itu datang daripada Ella sendiri.

“Tak Uar-Uarkan Lagi Banyak Pahala,” – Ella Dah Lama Buat Kerja Amal Diam-Diam, Rupanya Setiap Bulan Konsisten Ada Penerima Tetap

“Kita juga ada menghulurkan bantuan kepada rakan-rakan artis yang memerlukan secara peribadi. Kami bantu mereka yang kesempitan terutamanya kepada senior-senior Ella sepanjang bergelar anak seni.

“Malah, Ella juga ada senarai nama orang-orang yang tidak tahu pun mereka menerima sumbangan daripada Ella setiap bulan secara konsisten.

Ads

“Mereka terdiri daripada golongan marhain, anak-anak OKU dan yang terlantar sakit,” kongsinya.

Jaga Privasi Penerima Bantuan

Sementara itu, Ella pula menjelaskan antara sebab dia jarang berkongsi mengenai bantuan yang diberikan adalah kerana mahu menjaga privasi mereka yang terkesan.

“Tak Uar-Uarkan Lagi Banyak Pahala,” – Ella Dah Lama Buat Kerja Amal Diam-Diam, Rupanya Setiap Bulan Konsisten Ada Penerima Tetap

“Kalau tidak uar-uarkan, kita akan dapat lebih banyak pahala. Ada kalanya kita tak boleh nak terlalu berkongsi kerana bimbang akan mengganggu privasi mereka.

Ads

“Ada kalanya, mereka juga seakan tidak percaya bahawa saya sendiri yang menghubungi mereka untuk menghulurkan bantuan,” katanya.

Seiring dengan komitmen amalnya, Ella berbesar hati untuk menyumbangkan sebahagian hasil jualan tiket konsert meganya itu kepada tiga badan kebajikan terpilih.

“Tak Uar-Uarkan Lagi Banyak Pahala,” – Ella Dah Lama Buat Kerja Amal Diam-Diam, Rupanya Setiap Bulan Konsisten Ada Penerima Tetap

Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen dijadual berlangsung pada 14 Februari 2026.

Tiket mula dijual pada 8 Disember ini dengan harga bermula RM39 (RV), RM69 (Bronze), RM99 (Silver), RM149 (Gold), RM189 (Platinum), RM249 (Diamond), RM399 (VIP) dan RM499 (VVIP).

Dengan setiap pembelian tiket, RM2 akan disumbangkan kepada tiga badan kebajikan terpilih iaitu Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair dan Yayasan Kebajikan Negara.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dah Tukar Baju & OTW Nak Balik, Ernie Zakri Terimah Lebih...

Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
error: Hello. Cannot.