Penyanyi Jaclyn Victor menjelaskan dia okay dan tidak terganggu susulan beberadaan hos Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) Elly Mazlein yang ‘masuk’ tengah pentas bagi sama-sama menari menerusi persembahannya, malam tadi.
Menurut Jac, dia sebenarnya sudah merancang ‘gimik’ berkenaan sebelum membuat persembahan.
“Tak… Tak kacau. Cuma ia comel. Saya tergelak sebab bila tengok reaksi dia (Elly) seolah macam ‘kurang ajar kau panggil aku tapi sekejap je eh?’.
“Tidak, tak terganggu langsung. Not at all. Dia (Elly) tak tahu sebenarnya, i just planned. Sebab dia pernah bawa lagu ini kan? Dan dia sangat bertenaga atas stage. Jadi sebab itulah,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai lagu dangdut, Perawan Atau Janda yang dipersembahkan, Jac akui ia mencabar kerana naskhah berkenaan berbeza daripada genre kebiasaannya.
“Sesuatu yang saya tidak biasa. Sebab saya memang akan serius di atas pentas meski lagu berentak rancak. Cara dan stail nyanyian saya begitu.
“Jadi bila diberikan lagu tersebut, saya sahut cabaran itu. Tambahan pula minggu ini setiap bintang perlu membuat persembahan menerusi lagu yang bukan kebiasaan masing-masing.
Ads
“Saya pun tak pernah bawakan lagu genre dangdut. Malah ketika bersama band dulu pun, rasanya memang tak pernah. Apa pun saya cuba yang terbaik ,” katanya lagi.
Terdahulu pada minggu ketiga saingan, Jac berada di kedudukan kelima dengan markah sebanyak 71.40 peratus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendatang baharu, Rayme Zainal mendedahkan dia terharu andai ada yang menyamakan dirinya mirip kepada selebriti, Roslan Shah, seperti mana yang terpapar menerusi video tular di Twitter baru-baru ini.
Menerusi video kurang seminit itu, Rayme, 44, yang berada di sebuah kafe tiba-tiba didatangi individu yang pada awalnya menyangka dia ialah Roslan Shah.
Semalam ada kawan duk lepak kat Zus pastu dia hantaq video dia rekod ada mamat aneh mana entah tiba menyanyi2 masa tu.. Tapi kan, kenapa mamat tu muka macam Roslan Shah ek? Ke memang dia? pic.twitter.com/cbOvUir7mb
“Memang ada viral di media sosial dan selalu orang tegur muka seiras saya Roslan dari dulu lagi dan ada juga yang kata seiras pelakon, Cico Harahap.
“Namun saya tiada apa-apa kaitan dengan mereka malah tidak mengenali Roslan juga secara peribadi tetapi pernah berjumpa di program-program umum.
“Bagi saya, Roslan sangat bagus sebagai pengacara dan pandai juga menyanyi. Beliau sangat menghiburkan sebagai pengacara dan juga versatil sebagai selebriti serba boleh,” katanya.
Dia pada masa sama menjelaskan, biar pun seringkali disamakan dengan Roslan, dia sesekali tidak menggunakan kelebihan itu sebagai ruang untuk menumpang populariti mana-mana artis.
Malah menerusi video yang kini mencecah hampir 150,000 tontonan itu, dia turut digelar lelaki aneh gara-gara gemar menyanyi secara terbuka menggunakan fon telinga dengan suara kuat di premis awam sekaligus menerima reaksi pelbagai netizen.
Pemilik nama lengkap Rayme Zainal Abidin menambah, dia memilih untuk tidak membaca komen-komen negatif, apatah lagi bila dituduh sengaja menumpang populariti mana-mana artis untuk dikenali dan menarik pengikut media sosial.
“Kadang-kadang tertekan juga, tapi saya tidak baca dan ambil pusing komen-komen mereka. Saya anggap itu salah satu perkara yang perlu saya hadapi untuk berada dalam industri.
“Saya yakin lama-kelamaan orang akan biasa dan tidak akan bercakap tentang itu lagi,” ujarnya yang pernah mengeluarkan single Tiada Lagi Esok pada 2020 dan Andai pada Mei lalu.
Sementara itu, Rayme akan mengeluarkan single keempat, Close to You pada bulan depan dan merancang untuk mengeluarkan EP pada tahun 2023.
“Saya sudah lama minat dalam bidang nyanyian ini dan sanggup memasuki kelas vokal bersama beberapa guru vokal selebriti iaitu Cikgu Shafi, Cikgu Sarah Ismail dan Cikgu Aruel Ariel sejak tahun 2017 sehingga hari ini.
“Namun hehadiran sebagai penyanyi bukan untuk bersaing, tetapi lebih kepada berkongsi minat dan bakat dalam bidang nyanyian.
“Berharap agar nyanyian dan lagu-lagu ciptaan sendiri diterima pendengar dan semoga mendapat tempat di industri hiburan tanahair,” katanya lagi.
Sebagai rekod, Rayme pernah menjadi juara di pertandingan atas talian anjuran Sajakiri Musicdab dan menyertai program musim pertama All Together Now Malaysia.
Pada April lalu, dia yang memiliki bakat sebagai komposer turut mengeluarkan single ketiga sempena Aidilfiti yang bertajuk Rindu Di Hari Raya
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktor Zahiril Adzim tidak akan menghalang jika anaknya Nadi Anaqi yang kini berusia sembilan tahun mengikut jejak langkahnya menceburi bidang seni pada masa depan.
Zahiril,38, berkata, dia dan isterinya, pelakon dan hos Shera Aiyob sentiasa menyokong apa saja yang menjadi minat anak tunggal kesayangan itu.
“Saya tidak kisah jika Anaqi ingin menceburi bidang seni. Sebagai ibu bapa, kami akan sentiasa sokong apa yang Anaqi minat.
“Apa yang penting, saya akan memberi tunjuk ajar padanya untuk mencari hala tuju yang betul dalam bidang yang diminatinya itu,” katanya.
Bagaiamnapun, Zahiril atau nama sebenar, Mohd Zahiril Adzim Mohd Mokhtar menambah setakat ini, dia tidak nampak anak lelakinya itu cenderung ke arah bidang seni.
“Pada pemerhatian saya, Anaqi kurang meminati bidang seni kerana tidak suka berada depan kamera.
“Anaqi lebih pada bidang pelajaran dan sangat meminati subjek Matematik dan seni kraf,” katanya.
Mengenai Shera, kata Zahiril, isterinya masih terbabit dalam bidang lakonan.
“Selain menjadi pengurus saya, Shera masih berlakon jika ada kelapangan dan watak bersesuaian dengannya.
“Terus terang, saya selesa isteri menguruskan kerjaya seni sejak dulu kerana senang kami berbincang dan urusan kerja menjadi lebih mudah,” katanya yang sibuk mempromosikan filem terbaru, Siku 12: Langkah Derhaka.
Mengulas filem Siku 12 terbitan Power Team Entertainment Sdn Bhd, Zahiril akui, dia terima tawaran berlakon kerana tertarik dengan naskhah itu.
Menerusi filem arahan Azhari Zain itu, Zahiril bergandingan dengan Syafiq Kyle selaku teraju utama.
Ia dimantapkan dengan barisan pelakon seperti Moon, Lobak, Tuan Asmawi Tuan Umar, Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot.
Pelakon yang mengukir nama menerusi filem Bunohan dan Pekak itu berkata, dia ditawarkan pengarah untuk berlakon dalam filem Siku 12 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Watak sebagai pemuda keturunan Siam, A Wut dalam filem Siku 12 sesuai dengannya kerana pernah menonton lakonan dalam filem Bunohan.
“Saya sendiri berminat dengan jalan cerita yang mengangkat seni mempertahankan seni silat Siku 12. Pada masa sama, saya melihat senarai barisan pelakon juga bagus dan berbakat besar,” katanya.
Ditanya pengalaman bekerja dengan Azhari, kata Zahiril, dia sudah tahu cara pengarah itu bekerja kerana pernah bekerjasama dengannya.
“Kami pernah bekerjasama dalam filem Dukun Santet. Selaku pengarah, Azhari menerima cadangan pelakon bagaimana mahu menjiwai karakter.
“Azhari juga akan memberi penerangan kepada pelakon memahami dari segi karakter dan koreografi sebelum penggambaran bermula.
“Walaupun suara Azhari kuat ketika memberi arahan kepada pelakon, tetapi saya tidak pernah tertekan sepanjang penggambaran filem ini,” katanya.
Berkongsi cabaran, kata Zahiril, dia perlu banyak berlatih menjiwai babak pertarungan kerana tiada asas dalam seni mempertahankan diri Muay Thai mahupun seni persilatan Melayu.
“Mujur saya ada pengalaman belajar Muay Thai ketika berlakon dalam filem Bunohan. Sedikit sebanyak membantu saya di lokasi penggambaran filem Siku 12.
“Pada masa sama, saya menjalani latihan bersama ahli Kelab Pon Muay Thai, Kedah untuk menguasai babak bertinju dan pertarungan sebelum memulakan penggambaran.
“Setiap kali berlakon dalam filem aksi, saya tidak boleh mengelak mengalami lebam di tangan dan calar di kaki atau sakit badan.
“Begitu juga dalam filem Siku 12. Ia perkara biasa apabila berlakon dalam filem aksi kerana perlu nampak seperti peninju sebenar beraksi di gelanggang.
“Antara cabaran lain dihadapi ialah saya perlu menguasai dialek Siam untuk menjiwai karakter A Wut. Mujur saya dibantu ahli kelab Pon Muay Thai yang berdarah kacukan Melayu-Siam ketika di lokasi penggambaran,” katanya.
Filem Siku 12 akan mula ditayangkan di 66 pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober ini. Ia juga ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyanyi yang kini komited sebagai guru vokal, Sarah Ismail yang telah pun selamat bersalin pada 14 Oktober lalu.
Berkongsi foto kandid dirinya yang sedang memangku cahaya mata lelaki yang baru sahaja dilahirkan, Sarah turut menitipkan rasa syukur di Instagram.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah saya Sarah Ismail selamat melahirkan anakanda lelaki saya yang pertama pada 14hb Oktober 2022 (Jumaat penghulu segala hari) yang lalu jam 9 pagi.
“Pengalaman yang cukup indah, bersalin normal dan dipermudahkan olehNya. Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan atas doa-doa anda.
“Ada yang DM tanya keadaan saya, MasyaAllah. Sayang semua,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian gembira itu, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah atas kehadiran permata hati pelengkap keluarga.
“Tahniah Sarah,” tulis Haiza.
“Alhamdulillah… Tahniah Sarah dan suami. Syukur,” Shiha Zikir turut meninggalkan komen.
“Alhamdulillah, tahniah,” ucapan daripada Farawahida.
“Alhamdulillah, congratulations and welcome to the club of sleepless night,” seloroh Uyaina.
Imbas kembali, Sarah mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan hati, Asyraf Ahmad pada 14 Julai 2018 di Masjid DiRaja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...