“Tak Tahulah Kalau Penyanyi Kesayangan Korang ‘Perfect’ Selalu,” – #PenyanyiJeFaham, Mawi Lontar Pandangan

Share

Penyanyi dan penyampai radio, Asmawi Ani atau nama komersialnya, Mawi ada berkongsi cerita setelah hampir 16 tahun melibatkan diri dalam karier seni.

Menurut Mawi, sebagai seorang penyanyi dan penghibur, tidak akan dapat menghidari daripada melakukan kesilapan ketika membuat persembahan.

Maklum penyanyi berusia 39 tahun ini lagi, masalah teknikal atau ‘terkucil’ dalam nyanyian adalah satu perkara biasa yang dilalui.

“Sesekali terkehel, terkucil, tercungap, tersumbang & terlupa lirik itu biasa bagi penyanyi. Yang penting macam mana kita handle show kita. Tak semua show kita sempurna..kadang-kadang pun sesak daaaa,

“Ok dah… tak perlu nak besar-besarkan cerita.. relax sudah…kih kih..!

“Hidup kita pun selalu terbabas inikan pula menyanyi.. hihi Tak caya cuba tanya penyanyi kesayangan korang.

“Tak tahu lah kalau penyanyi kesayangan korang ‘perfect’ selalu #PenyanyiJeFaham,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Imbas kembali, penyanyi kelahiran Kulai, Johor ini merupakan juara program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), pada tahun 2005.

Foto: Instagram Mawi

IKLAN