Baru-baru ini, tular di laman media sosial mengenai isu antara usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan selebriti, Azwan Ali.
Sebagai rakan selebriti, pengacara Roslan Shah menjalinkan hubungan baik bersama dengan Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA dan pengasas kosmetik terkenal itu.
Bagaimanapun, bintang asal Singapura itu ada memaklumkan dirinya turut menerima kritikan dan kecaman daripada netizen berhubung pergaduhan dua individu terbabit.
“Ya Allah….ISU Ini bukan Salah cik Lan …Cik Lan ikhlas menolong Rakan Artis …..Akhirnya Ini Yang cik Lan dapat.
Ads
“Kepada haters tak tahu jalan Cerita sebenarnya Jangan terus nak Di persalahkan cik Lan….Tolong lah Jangan masukkan ISU Arwah Ibu tercinta cik Lan …
“Orang Yang sudah tiada Jangan melibatkan Arwah Ibu tercinta cik Lan ya…..Cik Lan Masih bersedih lagi. kalau Di tempat anda Dan apa perasaan anda ? Arwah Ibu tercinta cik Lan sudah pergi 44 Hari berlaku sunggih cepat sekali…Al fatihah…amin,” tulisnya.
Lalu, peminat serta rakan selebriti memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada Roslan untuk terus tabah dengan kritikan yang diterimanya.
Ads
Terdahulu, Azwan sebelum ini didakwa berang apabila kemunculannya di atas pentas bagi mempromosikan minyak wangi Vida di Vaganza Foodfest tidak menerima sebarang bayaran.
Lalu bertindak membakar minyak wangi pemberian Vida selain didakwa menghina kematian dua anak usahawan selebriti itu.
Foto: Instagram Roslan Shah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan hos, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudddin mengakui kerinduannya untuk kembali berlakon masih lagi menebal meski sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata.
Lalu, bintang berusia 35 tahun ini cuba meminta pandangan suami iaitu pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan syukur, permintaannya diizin suami andai menepati syarat yang telah ditetapkan.
“Saya masih ingat, ketika masih aktif berlakon dulu sehari ambil ‘job’ sampai dua tiga. Memang saya kuat kerja.
“Apabila sudah terbiasa dengan rutin itu, saya rasa memang kena juga ada kerja selain mengurus hal rumah tangga.
“Jadi sebab itulah saya mula berniaga. Kemudian saya terfikir untuk kembali ke lokasi. Saya ada suarakan hasrat itu pada suami. Dia beri izin tetapi hanya boleh berlakon telemovie sahaja berbanding drama berepisod kerana kekakangan jadual dan masa.
“Sebenarnya sebelum ini saya ada juga terima tawaran berlakon drama bersiri, tapi saya terpaksa tolak cara baik.
“Apa pun saya tidak nafikan pernah terfikir nak perlahankan kerjaya seni memandangkan ketika itu saya nak berkahwin, miliki anak dan ‘slow down’.
“Akan tetapi nampaknya jiwa nak bekerja itu masih lagi menebal,” katanya yang kali terakhir terlibat dalam sebuah filem kira-kira tujuh tahun lalu.
Pernah bergelar hos kepada beberapa buah program sebelum ini, Puteri Sarah juga akui selain hanya diberi izin untuk berlakon telemovie, dia juga akui sebagai isteri ada beberapa syarat lain yang perlu dijaga.
“Jaga batas terutamanya dengan lelaki. Bersentuhan tak bolehlah. Pada masa sama, sya juga akan maklumkan mengenai tawaran terlebih dahulu kepadanya dan ada ketika Syamsul akan teliti skripnya juga.
“Malah, saya akan terangkan sinopsis drama yang akan dilakonkan. Selain itu, soal pakaian pun kena jaga dan ada pembantu yang teman saya di lokasi,” akuinya lagi.
Ditanya apakah reaksi suami apabila dirinya pertama kali menjejakkan kaki ke lokasi penggambaran, Puteri Sarah akui pengarah Munafik itu kerap menghubunginya untuk bertanya khabar.
“Bila saya dah masuk set, hari-hari dia akan hubungi. Dia tanya tengah buat apa, dah makan ke belum, jam berapa nak balik?
“Apa pun, sebagai isteri kalau contohnya ‘call time’ jam 9.00 pagi, saya akan lakukan rutin macam biasa. Bangun awal, siapkan serta hantar anak ke sekolah.
“Kemudian barulah saya ke set. Penat itu memang penat akan tetapi saya suka dengan apa yang saya lakukan. Jadi tidaklah terasa,” katanya lagi.
Terdahulu, Puteri Sarah ditemui pada majlis Hi-Tea & Media Soft Launch untuk produk terkininya, Shara Cosmetics & Skincare yang melancarkan produk serum wajah
pertamanya iaitu Il’ Dolcé Face Serum.
Serum yang diformulasi dari bahan alami ini diyakini mempunyai khasiat yang berganda sesuai untuk proses pemuliharaan kulit wajah secara semula jadi.
“Idea untuk menghasilkan serum ini adalah atas rasa prihatin dengan wanita-wanita tempatan yang kebanyakan menghadapi masalah kulit wajah disebabkan cuaca dan faktor persekitaran.
“Saya juga yakin, manfaat serum yang berasaskan timun ini adalah yang terbaik untuk merawat semua jenis kulit di samping harganya yang berpatutan,” terangnya.
Shara Cosmetics & Skincare sebelum ini turut menghasilkan rangkaian kosmetik seperti
Lipmatte, All-in-One Blusher Stick, Magic Gloss, Mascara dan Make Up Remover.
Terdahulu, Puteri Sarah dan Shamsul Yusof berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 3, dan Sumaiyyah yang dilahirkan pada 16 Mac 2019.
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai status hubungannya dengan bekas suami, Aliff Aziz yang kini didakwa berbaik semula.
Menurutnya, ia adalah untuk menghormati keputusan keluarga kedua-dua belah pihak.
“Keluarga saya dan Aliff sudah berbincang mengenai hubungan kami. Apabila tiba masanya nanti, kami akan kongsikan juga.
“Sekarang saya tidak boleh kongsi apa-apa kerana mahu menghormati permintaan keluarga masing-masing”.
“Biarlah ia menjadi suatu perbincangan dengan keluarga terlebih dahulu buatmasa ini,” katanya jujur.
Bintang ini ditemui MH di Pokok Cafe, Kuala Lumpur pada Rabu sempena majlis pelancaran produk Luxe Perfect Cover Foundation By Bella Astillah.
Penyanyi, Nora Ariffin mendedahkan dirinya berserah kepada takdir Allah andai selepas ini dia dikurniakan jodoh bersama teman baru.
Kongsinya kepada MH, dia tidak mencari sebaliknya hanya mendoakan yang baik-baik buat dirinya sekeluarga.
“Kita berserah… Sudah dekat tiga tahun pun. Bagi saya, hanya berserah. Kalau perkara yang baik selalu kita doa, minta diberikan benda yang baik. Kalau Allah bagi yang baik, baiklah.
“Yang cuba mendekati itu, tidak dapat larilah. Akan tetapi okay sahaja. Berkawan-kawanlah.
“Nak kata tutup pun tak baik, nak kata tak tutup pun tak baik kan? Bila sampai masanya itu, sampailah. Memang kalau nak mencari, nak dapat macam arwah tu tak akan sama. Tak akan jumpa kan.
“Saya tidaklah mencari pun, kalau anak-anak okay, saya okay. Mereka okay malah kadang-kadang sakat saya. Apa pun kawan memang ramai, tak dapat nafi,” terangnya jujur.
Ditanya mengenai sejauh mana ingatannya terhadap bekas suami, komposer Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 lalu itu, penyanyi Sandiwara ini punya jawapan sendiri.
“Kadang-kadang pada hari tertentu misalnya bulan puasa, Hari Raya atau bila tatap fotonya… ‘habis’, tak boleh buat kerja. Jadi saya kena sibukkan diri dengan fikirkan hal lain.
“Bagi saya kena buka minda, usah terlalu sedih. Cuma pesanan arwah katanya hidup kita tidak lama dan apa kemuncak kita, iaitu nak ke syurga. Dia selalu ingatkan. Saya pegang itulah.
“Kita ni bukannya baik sangat, tapi kita nak tanamkan diri kita untuk jadi individu yang lebih baik,” jelas bintang berusia 46 tahun ini lanjut.
Berkongsi apakah nasihat atau kata yang boleh dititipkan buat wanita yang mempunyai nasib hampur serupa sepertiya, Nora mengakui hidup secara sederhana adalah lebih baik.
“Saya petik pesanan daripada Profesor Muhaya. Katanya, kadang-kadang Dia ambil apa yang kita sayang kerana kita terlalu ‘bertuhankan’ kepada sesuatu perkara itu.
“Contohnya, kalau kita terlalu sayangkan suami sampai ‘lupa’ Tuhan, tidak boleh. Mungkin Allah akan ambilnya sama ada meninggal dunia atau diambil orang lain atau apa sahaja. Begitu juga sebaliknya.
“Kalau kita semua ada, mungkin Allah berikan penyakit dan akhirnya kita tahu ada duit pun tak boleh nak sembuhkan penyakit. Jadi usah terlalu taksub, bersederhana. Yang penting hubungan kita dengan Pencipta,” terangnya lagi.
Terdahulu, Nora ditemui pada majlis perlantikan sebagai duta produk kecantikan, Prettian.
Pengarah Prettian Malaysia, Fauziah Abdul Aziz sebagai dipetik berkata, pemilihan penyanyi itu dibuat berdasarkan kepada penampilan dan kecantikan semula jadi selebriti itu yang tidak di makan usia.
“Kita memang ada mendekati Nora dan beliau sendiri memilih untuk mencuba dulu produk ini sebelum bersetuju.
“Bagi kami, Nora mempunyai kualiti paling signifikan dengan Prettian Malaysia iaitu asas kecantikan secara semula jadi,” katanya.
Prettian merupakan produk premium dengan bahan asas dari Pulau Jeju dan ia adalah siri produk penjagaan kecantikan daripada Korea yang juga dikenali sebagai K Beauty.
Prettian Malaysia yang diasaskan oleh Noor Alhan Ismail, sudah berada di pasaran sejak setahun lalu dengan siri produk seperti Triple Oil Cleanser, Moisturiser, Silky Brightening BP
Sehubungan itu, pelbagai projek dirancang bersama Nora, termasuk siri jelalah di beberapa lokasi terpilih.
Pada majlis sama, Nora turut menyampaikan beberapa buah lagu, termasuk secara duet bersama bintang remaja, Raja Syahiran.
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...