“Tak Sure Nampak Baby Ke Roti John,”- Tatap Momen Indah Ultrasound, Tapi Reaksi Aeril Zafrel & Anak Memang Win!

Share

Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersyukur kerana dikurniakan cahaya mata ketiga.

Malah, Aeril turut berkongsi video ultrasound kandungan Wawa menerusi Instagram miliknya.

“Teman wawa scan baby. tak sure nampak baby ke nampak roti john dlm perut tu.?alhamdulillah.. doakan baby baik2 saja semua,” tulis Aeril. 

Video berdurasi 30 saat itu memaparkan reaksi kedua-dua anak mereka, iaitu Hayla Maghfirahtul  dan Ahmad Fakharuddin Attar yang teruja melihat bakal ‘adiknya’ itu.

Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap video berkenaan.

Terdahulu, Wawa telah membuat kejutan kepada Aeril apabila mengumumkan dirinya kini sedang berbadan dua.

Video : IG Aeril Zafrel

IKLAN