Isteri kepada penyanyi, Aizat Amdan, Elyssa Alia mendedahkan dia sudah bersedia untuk berdepan dengan apa sahaja cabaran termasuklah untuk menerima tempias di dunia glamour suaminya itu.
Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Elyssa Alia Ilias ini mendedahkan dirinya kurang selesa apabila masyarakat di luar sana mempersoalkan mengenai bentuk tubuh atau bahasa lainnya ‘body shamming’.
“Saya akan bercakap dengan sejujur yang mungkin. Saya tak kisah orang menegur mengenai perangai atau rupa saya tapi jangan sentuh mengenai tubuh badan saya. Kerana bagi saya, kita tak sepatutnya menilai orang daripada luaran tetapi melalui kelakuannya.
“Saya berharap selepas ini kalau orang luar berjumpa dengan Aizat pun janganlah tegur perkara yang sama. ‘Eh kau ni dah berisi ke?’ Tiada seorang pun yang suka begitu. Bagi orang lain mungkin tak beri kesan tapi untuk yang mendengar ni boleh rasai kesannya.
“Sejak akhir-akhir ini juga orang asyik komen mengenai tubuh badan saya. Sebenarnya semua wanita ada tubuh masing-masing dan kenapa kita nak jadikan ia sebagai isu.
“Kalau tak suka kami pun tak mengapa tapi janganlah bercakap perkara yang kejam di Instagram saya. Saya rasa itu tidak adil,” katanya kepada MH.
Aizat dan Elyssa ditemui selepas majlis akad nikah mereka yang berlangsung di sebuah premis acara di Puchong, Selangor pada Ahad.
Ads
Pada masa sama, Elyssa turut memaklumkan komen-komen negatif yang diterima sewaktu diperkenalkan sebagai bakal isteri kepada Aizat baru-baru ini sedikit sebanyak memberi kesan bukan sahaja buat dirinya tetapi juga ibu bapanya.
“Kalau kurang selesa dengan apa yang saya pakai, padam sahaja gambar saya. Saya tidak paksa pun. Janganlah sampai bercakap perkara yang tak elok sehingga membabitkan ibu bapa saya.
“Kononnya bapa saya tak ajar saya sembahyang sebab saya pernah cakap mahukan Aizat menjadi wali saya sebelum ini. Orang ramai pun tak bertanyakan mengenai maksud sebenar saya berakap sebegitu. Saya okay sahaja tapi ibu bapa saya yang tidak okay.
“Saya pantang orang mengata mengenai keluarga saya. Saya minta maaf mengenai pemakaian saya. Saya sedar masih banyak yang saya boleh perbaiki.
Ads
“Tapi kini saya berusaha untuk menjadi lebih baik. Saya percaya kita kena mula dengan betulkan hati dahulu,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Elyssa turut mededahkan antara salah satu sebab hatinya tertarik dengan Aizat sewaktu di awal perkenalan mereka kerana reputasi bersihnya meskipun bergelar artis popular.
“Saya tak pernah kenal Aizat sebelum ini. Waktu nama dia sedang popular, saya masih di Australia. Bila berjuma dengan dia, kemudian saya google fasal dia. Tiada cerita yang buruk. Paling teruk pun yang saya baca seperti biasa mengenai tubuh badan dia.
Ads
“Saya rasa isu tersebut membosankan. Saya pun jadi hairan takkanlah orang yang dah popular di Malaysia tapi tiada gosip teruk. Ia seakan memberi petanda kepada saya.
“Masa kita muda, kita sukakan lelaki yang nakal sedikit tapi bila dah besar saya rasa cukuplah dengan semua itu. Saya mahukan lelaki yang boleh menjaga saya, baik hati dan tidak memeningkan kepala saya. Aizatlah orangnya.
“Apa yang saya minta pada Allah, Alhamdulillah saya dikurniakan Aizat. Dia pandai mengaji, solat dan benarkan saya menjadi diri sendiri. Saya ni seorang yang kalut dan dia pula sangat tenang.
“Bila saya bersama dia, rasa dapat rasa kelegaan itu. Dia juga kawan baik saya. Apa sahaja yang saya cakap, dia akan layan. Dia juga sentiasa menyokong saya. Saya rasa bertuah kerana memiliknya,” akhirnya.
Terdahulu, Aizat dan Elyssa telah selamat melansungkan majlis pernikahan mereka pada Ahad.
Pasangan ini juga memilih Tulum, Mexico sebagai lokasi berbulan madu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada penyanyi, Fara Hazel yang selamat menyambut kelahiran cahaya mata keduanya pada 3 Ogos lalu.
Sambil memanjat kesyukuran, Fara yang juga kakak kepada penyanyi Aiman Tino itu turut mengucapkan terima kasih atas doa baik-baik yang titipkan.
“Bismillahirrahmanirrahim… Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan rezeki kepada kami seorang lagi cahaya mata yang telah selamat dilahirkan pada 03/08/2022 jam 2:30pm.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan putera kedua kami. Semoga doa yg baik berbalik kepada kalian kembali Ameen!,” tulisnya di dalam sebuah hantaran di Instagram.
Selepas hampir tiga tahun berkhidmat, pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin mengumumkan semalam (Jumaat) merupakan hari terakhirnya ke udara bersama rakan penyampai Hefny Sahad.
Menurut Elizad, dia sudah tentu akan merindukan setiap momen-momennya bersama Hefny, yang juga merupakan popular.
“Salam kesayangan semua. Hari ni my last day di DUO SINAR. Confirm akan rindu dan ingat semua moment bersama sAinarian dan kau @hefnysahad . Sedih jgk lah.
“Pasangan saya selama tiga tahun. Kita bekerja sebagai sepasukan. Kita bincang, rancang, dan bekerja kerasa bersama-sama untuk menambahbaik perjalanan kita sebagai penyampai radio,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Rock itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Dalam pada itu, Elizad turut merakamkan ucapan terima kasih buat Hefny yang telah banyak membantunya mengenai ilmu-ilmu tentang dunia penyiaran radio.
“Kadang-kadang baik, kadang-kadang bergaduh sampai seminggu tak bercakap. But as for us, we still respect each other .
“Thank You Abam Hefny for being my partner in crime. Kawan teman makan, ride dan teman membawang. All the best untuk kau di Duo Sinar dan partner baru nanti.
“Jangan lupa kawen kau , aku part salam kerok okayhh. Bye HEP2. Im back for shooting,” akhirinya.
Melihat di ruagan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih selain turut menitipkan ucapan selamat buat apa sahaja perkara yang akan dilakukan oleh Elizad selepas ini.
“Ala sedih. Dengar Sinar petang-petang pun sebab Elizad. All the best dalam apa jua bidang selepas ini.
“Moga dipermudahkan semuanya.
“Ala sedihnya. Saya suka gandingan Elizad dan Hefny. Btw, all the best Elizad. Penyampai radio yang best.
“Kamu pasti akan dirindui.
“Mesti akan rindu gelak ketawa Elizad dengan Hefny. Kalau peminat call Elizad mesti suka menyakat. Kita pun terbahak-bahak gelak,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Pada masa sama, Elizad memberitahu, dia kini sudah bersedia untuk kembali aktif berlakon selepas ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Siti Elizad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah tumpang teruja apabila bakal menerima menantu pertama selepas anak sulungnya, Allisya Tahir selamat melangsungkan pertunangan bersama lelaki pilihannya, Mac lalu.
Shahirah yang mersa dengan panggilan Shiera, 47, berkata, dia bersyukur kerana majlis pertunangan berjalan lancar dan mendoakan yang baik-baik atas pilihan yang dibuat Allisya.
“Saya tak kisah. Itu pilihannya untuk tamatkan zaman bujang dan sebagai ibu saya terima, tidak menghalang. InsyaAllah Allisya akan mendirikan rumah tangga pada 11 November depan, majlis (resepsi) pada 13 November, alhamdulillah.
“Saya sebenarnya tidak kisah dia nak berkawan dengan sesiapa. Asalnya pandai jaga batas dan pada saya bakal menantu pun seorang lelaki yang baik. Begitu juga dengan keluarganya,” kata Shiera kepada MH.
Isteri kepada pelakon Ijoy Azhari itu berkongsi berita gembira tersebut ketika ditemui pada siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL yang berlangsung di Paradigm Mall, Johor Bahru, pada Sabtu.
Mengulas lanjut persiapan menyambut menantu tidak lama lagi, Sheira berdoa moga perancangan menjelang hari bahagia anaknya dipermudahkan.
“Syukur sebenarnya. Cuma sebelum ini saya tidaklah terlalu berkongsikan mengenai perkara itu di media sosial. Apa pun terima kasih atas doa yang baik-baik daripada semua.
“Setakat ini persiapan masih lagi berjalan, tinggal lagi saya serahkan kepada anak dan bakal menantu untuk menguruskan. Sebagai ibu saya sokong apa yang terbaik,” katanya lagi.
Terdahulu, Allisya sebelum ini pernah muncul dengan single berjudul Hey Pria ciptaan Sharon Paul yang menjadi lagu tema drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe yang pernah disiarkan menerusi slot Akasia di TV3.
Allisya,23, ialah anak hasil perkongsian perkahwinan pertama Shiera dengan vokalis kumpulan legenda, Black Dog Bone, Jatt.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.