Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana ada memuat naik sebuah video yang memaparkan telatah mesra bersama anak lelakinya, Muhammad Rayyan Nakhaie di Instagram sebentar tadi.

Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, anak lelakinya itu sememangnya banyak mengikut sifat dan perangai arwah bekas suaminya yang juga merupakan pelakon, Allahyarham Mohd Faizal Mohd Yusop.

“Tak Suka Makan Bawang, Semua Kena Blend,” – Anak Banyak Ikut Sifat Arwah Bekas Suami, Perkongsian Siti Nordiana Memang Sentuh Hati! “Tak Suka Makan Bawang, Semua Kena Blend,” – Anak Banyak Ikut Sifat Arwah Bekas Suami, Perkongsian Siti Nordiana Memang Sentuh Hati!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

“Katanya lagi, anaknya itu kurang gemar untuk makan sambal yang mengandungi bawang kasar sama seperti ayahnya satu ketika dahulu.

“Sebenarnya video ni nana nak cerita sambal yang dia suka je. Terimbas pulak kenangan bersama Arwah abah dia.

“Memang dia banyak ikut arwah abah dia. Tak suka makan bawang. Semua kena blend. tulisnya,” tulisnya.

IKLAN

Menerusi video berdurasi hampir 50 saat itu, penyanyi lagu Angkara ini turut mengingatkan anaknya itu untuk sentiasa menitipkan doa agar bapanya itu sentiasa tenang di alam sana.

Malah, dia juga menyifatkan Rayyan sebagai seorang anak yang kuat meskipun diduga dengan kehilangan bapa tercinta pada usia yang masih muda.

“Tak Suka Makan Bawang, Semua Kena Blend,” – Anak Banyak Ikut Sifat Arwah Bekas Suami, Perkongsian Siti Nordiana Memang Sentuh Hati! “Tak Suka Makan Bawang, Semua Kena Blend,” – Anak Banyak Ikut Sifat Arwah Bekas Suami, Perkongsian Siti Nordiana Memang Sentuh Hati! “Tak Suka Makan Bawang, Semua Kena Blend,” – Anak Banyak Ikut Sifat Arwah Bekas Suami, Perkongsian Siti Nordiana Memang Sentuh Hati!

“InsyaAllah Rayyan anak yang strong. Dari kecik dia dah berdikari dalam masa yang sama ingatan pada arwah abah dia tak pernah pudar.

IKLAN

“Terima kasih pada semua yang bagi sokongan dan doa kepada Rayyan. Sedekahkan Al fatihah buat arwah abah Rayyan ye Allahyarham Mohd Faizal bin Yusup,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat nyata tersentuh saat melihat video tersebut selain turut memberikan kata-kata semangat buat Nana dan Rayyan.

Sekadar informasi, Nana dan Faizal telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 April 2006.

“Tak Suka Makan Bawang, Semua Kena Blend,” – Anak Banyak Ikut Sifat Arwah Bekas Suami, Perkongsian Siti Nordiana Memang Sentuh Hati! “Tak Suka Makan Bawang, Semua Kena Blend,” – Anak Banyak Ikut Sifat Arwah Bekas Suami, Perkongsian Siti Nordiana Memang Sentuh Hati!

IKLAN

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Rayyan yang lahir pada 21 Mac 2008.

Bagaimanapun, Nana dan Faizal memutuskan untuk bercerai pada 14 September 2009.

Faizal menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 1 Januari 2011 akibat serangan jantung.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Siti Nordiana & Rayyan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI