Pengasas kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui ada di kalangan netizen yang tidak berapa gemar dengan dirinya tetapi lebih berminat untuk mengetahui perkembangan isteri, Datin Seri Nur Shahida.

Katanya kepada MH, dia sendiri tertanya-tanya apakah yang kurang mengenai dirinya hingga ada pihak yang seakan tidak suka.

“Ramai orang yang suka Shahida (isteri) tetapi tak suka aku, Apa kurang aku? Tapi saya faham saya bukanlah artis profesional yang memang memerlukan peminat. Apa pun, saya harap penggemar muzik dapat menerima single terbaru saya bersama isteri,” kongsinya jujur. 

Ditanya mengenai dari mana datangnya idea untuk bergandingan dengan isteri menerusi lagu bercorak ketuhanan itu, Alif memberitahu semuanya tercetus daripada idea isteri.

“Isteri saya yang berikan idea sebab dia suka mengaji dan gemar lagu bercorak islamik dan ketuhahan. Jadi bila difikirkan balik mengapa tidak untuk kami rakam lagu bersama dalam genre yang sedemikian,” akui Aliff jujur.

Ditanya mengenai perkembangan lagu Bobo Di Mana yang kekal mendapat kritikan meski mendapat rating tertinggi, penyanyi Abang Nak Tegur itu tidak mahu melihat daripada sudut negatif.

IKLAN

“Saya rasa dislike itu tidak penting. Yang penting view itu tinggi. Jadi sudah terbukti lagu itu disukai ramai. Cuma saya harap janganlah bayangkan siapa penyanyinya. Saya cakap begitu sebab mungkin ada yang suka saya nyanyi, tapi tak suka Sajat atau sebaliknya. Cubalah panjang dari sudut yang positif,” jelas Aliff kepada MH.

Dalam perkembangan lain, Aliff juga bakal terlibat di dalam sebuah lagi filem dengam mendukung watak pembantu selain bakal melancarkan cawangan keenam Rumah Makan Terlajak Laris di Setia Alam.

“Soal berlakon tu saya tak boleh nak perincikan lagi sebab masih dalam perbincangan,” akhirinya. 

Terbaru, menerusi beberapa posting di Instagram, pasangan ini sudah pun melakukan penggambaran muzik video untuk lagu duet mereka yang bakal dilancarkan dalam tempoh terdekat.

IKLAN

IKLAN

Foto/ Video : Instagram Aliff Syukri, Shahida

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI