“Tak Sensitif Pun, Tapi…,”- Respon Hanis Zalikha Bila Video Hairul ‘Mahu Buat Anak Ketiga Cetus Sensasi

Share

Beberapa hari lalu, tular di media sosial apabila pelakon Hairul Azreen memuat naik video bersama sekumpulan lelaki dengan melontarkan dialog ‘mahu buat anak ketiga’.

Bagaimanapun,perkara itu telah mendapat respon positif dari isterinya,Hanis Zalikha ketika ditemui di Kuala Lumpur lewat petang semalam.

“Itu hanya gurau suami isteri. Tak sensitif pun. 

“Tapi saya rasa itu satu benda yang lucu dan kelakar sebab saya tahu dia (Hairul) seorang yang komited, dia cakap dengan kasih sayang dan dia mahukan keluarga yang besar,” kata Hanis kepada MH selepas selesai majlis pelantikannya sebagai duta Happikiddo.

Tambah Hanis, setiap individu mempunyai pandangan berbeza terhadap video berdurasi 19 saat itu.

“Kadang-kadang bila kita buat lawak,ada orang rasa kelakar begitu juga sebaliknya,”jelas Hanis yang bakal melahirkan bayi keduanya akhir Mei depan.

Hanis,28 bagaimanapun terhibur dengan video tersebut. 

“Mungkin dia rindu saya dan nak hiburkan saya dengan buat video macam itu,” akhiri Hanis.

Terdahulu, netizen menganggap tindakan Hairul adalah kurang sopan dan tidak menghormati maruah isterinya yang kini hamil di peringkat ketiga (third trimester).

Jom tonton temubual ekslusif MH bersama Ella dalam MHLifestyle.

IKLAN