Usahawan, Eriyca Baiduri yang sinonim disapa sebagai Madammu tampil menjawab komen netizen menerusi platform TikTok baru-baru ini yang tular.
Menerusi komen berkenaan, seorang netizen meninggalkan komen; ‘cuba laki (suami) pakai kereta Wira buruk dah lama bini (isteri) lari.’
Eriyca, 33, atau mesra disapa Madammu berkata, ketika berkahwin pada tahun 2015, suaminya, Azri, 44, hanya lelaki biasa dan bukan seorang yang kaya raya sebagaimana ditebak ramai pihak.
“Sebenarnya saya taklah marah dan geram. Saya faham, tak semua orang kenal kita, tak semua orang tahu kisah kita dan tak semua orang tahu cerita kita. Cuma, apa yang saya boleh katakan, saya dengan suami ini kami berkahwin daripada tak ada apa apa dan bermula daripada sederhana.
“Saya berkahwin dengan suami bukan sebab duit semata-mata. Tak semua perempuan berkahwin sebab duit. Saya berkahwin dengan suami sebab dia baik. Dia akan membahagiakan dan menjaga saya dengan baik.
Ads
“Jadi, itu yang sebenarnya saya nak dalam rumah tangga. Masa saya kahwin dengan dia, walaupun waktu itu dia biasa-biasa tapi saya percaya dengan budi bicara, karakter dia yang sangat melindungi, saya tahu dia boleh jaga saya.
“Saya tahu rezeki boleh dicari kemudian dan boleh cari bersama-sama. Alhamdulillah, hari ini daripada kami biasa-biasa kami dapat mencapai apa yang kami nak. Sebab itu dalam rumah tangga ini niatnya kena betul. Jadi, saya okay saja dengan komen itu,” katanya.
Tambah Eriyca, mereka bermula dari tinggal di rumah sewa hingga dapat membeli rumah sendiri selain berjaya membina empayar bisnes jenama Noir Health & Beauty (Noir).
Ads
“Kehidupan dulu tidaklah semewah hari ini. Dari kami duduk rumah sewa kami beli rumah. Perlahan-lahan perniagaan makin berkembang dan maju. Jadi jika ada yang kata saya kahwin sebab duit itu salah. Sata faham, netizen ni mereka suka buat andaian dan mereka suka bercakap apa yang mereka fikir.
Ads
“Kalau nak tahu, jenama Noir adalah saya punya sendiri. Begitu juga suami yang mempunyai perniagaan sendiri, tapi lebih banyak bantu saya di Noir,” katanya lagi.
Eriyca membalas pertanyaan pengguna itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok yang memaparkan dirinya bersama suami di dalam kereta.
Hantaran video berkenaan sehingga kini mencecah lebih 1.1 juta tontonan, bersama ribuan komen yang diberikan netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Filem terbaharu arahan Syafiq Yusof iaitu Abang Long Fadil 3 (ALF3) bakal menjengah ke pawagam seluruh negara bermula 8 September ini.
Mengakui bersedia sekiranya ALF3 dibandingkan dengan filem abangnya, Syamsul Yusof yang cemerlang menerusi naskhah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syafiq melihat perkara itu dari sudut positif.
“Macam saya tak nak bandingkan tapi tetap akan ada orang bandingkan… tapi saya kena terima sahajalah sebab kadang-kadang yang komen adalah penonton yang mana merupakan pelanggan buat pengkarya filem.
“Kadang-kadang komen penonton saya baca juga, apa yang saya boleh baiki, saya baiki.
“Tapi sebab saya adik dia (Syamsul) memang orang akan tetap compare, nak buat macam mana.
“Saya tak pernah nak fikir beat dia pun. Bagi saya, abang dan ayah saya macam sifu, saya banyak belajar daripada mereka. Filem saya pun sama acuan dengan mereka,” kata Syafiq.
Sementara itu, Syafiq turut mendedahkan ibunya, Datin Patimah Ismail pernah secara berseloroh berkata, kemungkinan filemnya kurang berjaya mencatat kutipan memberansangkan kerana dia bukan seorang pelakon seperti bapa, Datuk Yusof Haslam dan abangnya yang bermula sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan.
“Mak saya pernah cakap mungkin sebab saya bukan pelakon (filem flop) tapi saya memang tak minat berlakon,” katanya berseloroh.
ALF3 merupakan filem kesinambungan Abang Long Fadil dan Abang Long Fadil 2 yang ditayangkan pada 2014 dan 2017.
ALF3 menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zizan Razak, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlynn Waty, Tania Hudson, Daniella Sha, Joey Daud, Jay Iswazir, Khir Rahman dan Siraj.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Bad Indigo menolak dakwaan netizen yang mendakwa bekas isterinya yang juga penyanyi Ashira wajar dipersalahkan atas perpisahan yang berlaku, baru-baru ini.
Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 47, bagaimanapun tidak beekongsi lanjut mengenai punca sebenar mereka membawa haluan masing-masing.
“Dia (Ashira) selalu ingin menolong masuk ke bilik air misalnya atau pergi hospital, tetapi saya yang tidak mahu. Saya mahu buat semua benda sendiri.
“Sebab sekiranya ditakdirkan perlu hidup sendirian, saya sudah biasa berdikari.
“Netizen biasalah, mereka akan membuat spekulasi kerana pengakhiran cerita kami tergantung… mungkin mereka mahukan jalan cerita yang berakhir dengan kontroversi,” katanya.
Berkongsi mengenai perkembangan kesihatannya, Bad baru sahaja selamat menjalani pembedahan memotong jari kakinya akibat luka penyakit diabetes pada 23 Mac lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Kongsinya, selagi ada kudrat dia mahu menjalani kehidupan tanpa perlu bergantung kepada sesiapa.
“Saya kena kuatkan diri saya sebab itu saya tinggal berseorangan. Saya bukan tidak mahu terima bantuan, kalau ada saya terima. Tetapi kalau boleh buat sendiri, saya buat sendiri.
“Misalnya jika pergi ke hospital, saya akan naik Grab, tetapi kalau perlu tukar balutan, saya memandu sendiri,” katanya lagi.
Untuk rekod, Bad dan Ashira bercerai secara baik pada 23 Jun lalu. Pendedahan tersebut didedahkan mereka melalui sebuah perkongsian video yang dimuat naik di Instagram masing-masing.
Bad dan Ashira atau nama sebenarnya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, mendirikan rumah tangga pada 11 Mac tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Bad Indigo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Ummi Nazeera menyatakan penghargaan serta terima kasihnya buat semua yang menyokong perjalanan drama bersiri, Risik Pada Hati yang sudah melabuhkan tirainya.
Sambil memberikan dedikasi, Ummi akui hasil kerja terbaik daripada semua pihak berbaloi meski berdepan cabaran penggambaran yang dijalankan Ramadan lalu.
“Syukur Alhamdulillah. Berakhir sudah drama rantaian Risik Pada Hati. Jutaan terima kasih buat semua penonton & penyokong. Sending my whole heart to all of you.
“Congratulations team Risik Pada Hati. Hard work paid off. Walaupun masa kita shoot tu bulan Ramadan dan agak mencabar nak buat scene heavy.
“Ditambah dengan dalam keadaan cuaca yg panas. Sampai pening pening kepala hahaha.. but its all worth it cuz of you guysss. Khas buat penonton drama #risikpadahati,” tulisnya.
Ibu kepada dua cahaya mata itu pada masa sama berazam untuk terus memberikan yang terbaik di dalam mana-mana naskhah yang dijayakan selepas ini.
“Maafkan saya tak dapat reply comment & mesej satu satu ya. Thank you for all the encouraging messages. Syukur alhamdulillah. Segala puji milikNya.
“Anyway, InsyaAllah kami anak seni Malaysia will do better and better. Keep supporting us ya. Dont give up on us.
“Until then, Hayfa signing off. Until we meet again for the next character,” tulisnya lagi.
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.