Akim turut memuat naik sebahagian wajah putera sulungnya itu menerusi hantaran yang sama.
Rata-rata peminat dan rakan artis membanjiri ruangan komen dengan memberikan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut di atas kelahiran cahaya mata baharu.
Ads
Akim dan Stacy, 32, mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 di Kota Kinabalu, Sabah.
Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang anak perempuan, Eshaal yang kini berusia lima tahun selain seoranng anak angkat, Bella Deluna Valentina, 9 tahun.
Foto: Instagram Akim Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Elyana tampil membidas komen keterlaluan netizen yang mendakwa dia sengaja meraih simpati hanya kerana berkongsi keadaan diri yang kini sedang sakit.
Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal menegaskan, komen-komen sedemikianlah yang membuatkan dirinya memilih untuk tidak terlalu berkongsi perihal sakit yang dialami kepada umum sebelum ini.
“Cari simpati? Fuh… ayat paling pantang telinga aku dengar! Inilah sebab kenapa aku ambil masa lapan tahun untuk tak nak beritahu yang aku sakit sebab tak ada gunanya pun.
“Aku buat keputusan yang salah… terima kasih rakyat Malaysia yang tinggi ilmu agama. Bab komen pasal agama memang nombor satu. Solat lima waktu jangan tinggal pula,” tulis Elyana menerusi paparan Instagram Story.
Sebelum itu, penyanyi berusia 35 tahun itu berkongsi dia tertidur selama 15 jam akibat demam teruk selain hilang selera makan.
Penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu itu juga berkongsikan salah satu komen ‘kasar’ yang diterima mengenai penjagaan aurat.
Elyana dilihat membalas komen tersebut kerana merasakan sudah terlalu lama dirinya dibuli.
“Niat hendak bagi nasihat, tetapi biadab. Mari jumpa depan-depan berani tak kak?
“Mungkin dahulu saya tidak suka menjawab, tetapi tidak adil untuk diri saya yang sering dihina dan dipijak,” tulis Elyana lagi.
Elyana sebelum ini berkongsi, dia sudah disahkan bebas dan pulih daripada penyakit kanser limfoma tahap empat yang dideritai sejak 11 tahun lalu.
Dia hanya mendedahkan mengenai sakit yang dialami sejurus tersingkir daripada persaingan program Gegar Vaganza muzim ke-4 (GV4) yang disertai.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Elyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nama usahawan kecantikan, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menjadi perhatian warga maya apabila dia didakwa sengaja memasukkan unsur lucah dalam iklan terbaharu produk tudung yang dimiliki oeh isterinya.
Video yang dikongsikan di laman Instagram miliknya itu memperlihatkan Aliff berada di atas katil bersama isteri, Datin Nur Shahida Mohd Rashid.
Apa yang menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila perlakuan Aliff di awal video tersebut seolah sedang melakukan onani yang dibimbangi tidak elok untuk dibuat tatapan umum.
Mungkin tahu namanya bakal dikecam gara-gara tindakannya itu, Alif terlebih dahulu telah menerangkan perkara tersebut menerusi kapsyen yang ditulisnya.
“Tolong jangan fikir yang bukan-bukan tengok sampai habis,” tulisnya.
Rata-rata netizen menyifatkan aksi yang ditunjukkan Aliff itu tidak ada kena mengena dengan produk tudung yang cuba diiklankannya.
“Apa ni Datuk, tak baik untuk 18 tahun ke bawah tengok.
“Makin tak cerdik, tak malu.
“Ni Malaysia Datuk, bukan US. Ada batas dalam buat content.
“Adoi tak payahlah buat content macam ni. Budak-budak tengok tak elok.
“Maaf Datuk, saya selalu sokong Datuk dan Datin. Content macam ini rasa tak sesuai dengan kedudukan Datuk, Datin,” beberapa komen netizen.
Malah, ibu Aliff iaitu usahawan yang dikenali sebagai bonda Rozita Ibrahim itu juga meninggalkan komen memarahi anaknya gara-gara iklan berbaur lucah tersebut.
“Bongok sangat iklan kau… apalah kau ni Kri (Aliff) oii,” tulis Rozita.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Nikki Palikat mendedahkan ada lelaki yang cuba mendekatinya sejurus membuat pendedahan mengenai perpisahan bersama komposer, Audi Mok kepada umum pada Jun lalu.
Nikki atau nama sebenarnya,Nicolette Louisa Palikat,36, bagaimanapun akui dia masih lagi belum terbuka hati untuk menerima kehadiran seorang teman di dalam hidupnya.
“Tidak dinafikan ada yang ‘mengurat’ cuma rasanya buat masa sekarang hati saya masih belum bersedia. Nak berpasangan balik tidaklah. Sebab sekarang saya sibuk nak urus mengenai anak yang kini sudah pun sekolah menengah.
“Cuma yang kelakarnya sebelum ini (masih bergelar isteri) ada yang ingat usia saya dalam 20an dan masih ‘single and available’. Ada ketika saya keluar sendiri, hingga yang anggap sedemikian,” katanya kepada MH.
Berkongsi mengenai perkembangan seninya pula, Nikki yang masih lagi giat mempromosikan single Sudah mengakui sebelum ini dia pernah menerima tawaran untuk merakamkan lagu ‘leman’ (lagu tangkap leleh).
Namun, ibu kepada sorang cahaya mata itu sebolehnya memilih untuk terus fokus terhadap halatuju muzik yang diperjuangkan sejak dulu, iaitu balada R&B yang mempunyai elemen pop.
“Saya ada juga terima pelawaan untuk menyanyikan lagu sedemikian. Akan tetapi saya rasa ia seakan-akan tidak kena dengan saya punya suara selain ‘branding’ yang tidak sesuai.
“Bagi saya, hala tuju muzik saya lebih kepada ‘urban’ dan peminat pun rasanya lebih mengenali saya dengan imej tersebut. Biarlah saya kekal begini sebab bagi saya sebagai penyanyi, kita perlu tahu (jiwa) diri sendiri.
“Bagaimanapun saya pernah jugalah buat ‘cover’ lagu-lagu penyanyi lain, cuma yang mana dalam genre pop begitulah. Saya sedar, tidak boleh ‘tackle’ semua orang sebaliknya saya perlu fokus kepada kekuatan.
‘Tapi saya percaya, peminat kini sudah bijak menilai, minda mereka sudah terbuka dan boleh menerima apa sahaja pembaharuan, perbezaan daripada apa yang sudah mereka biasa dengar sebelum ini,” katanya lagi.
Terdahulu, Nikki penah mengejutkan peminat apabila mengumumkan mengenai perceraiannya bersama Audi Mok menerusi sebuah program hiburan. Menurut Nikki, perpisahan itu berlaku ketika negara berada dalam tempoh pandemik Covid-19, sebelum ini.
Pasangan tersebut berkahwin di sebuah gereja di Petaling Jaya pada Jun 2009 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Liam yang kini berusia 12 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dianggap sebagai antara pelakon tempatan yang versatil, berkarisma serta memiliki aura hero yang kuat, tidak menghairankan apabila nama Beto Kusyairy sering menjadi pilihan sebagai idola dalam kalangan bakat baharu yang ingin menceburi dunia lakonan.