Tidak dinafikan, Scha AlYahya merupakan antara selebriti yang cukup bijak dalam menata gayanya. Stalk saja foto ‘ootd’ yang dikongsi menerusi IG, semuanya nampak kena gaya, seiring personaliti.
Lalu MH bertanya pada si empunya badan, ada apa-apa rahsia atau tips untuk tampil sedemikian?
Ratu hati aktor dan pengacara, Awal Ashaari ini memberitahu, tiada apa kunci dalam penataan gayanya sehari-hari. Cumanya, dia hanya menjadi diri sendiri, tanpa perlu dibayangi siapa-siapa.
“Jujurnya kalau orang tanya apa yang saya suka mengenai diri saya ialah hati. Sebab saya ni jenis kalau ada yang buat jahat pada saya sekali pun, saya akan buat diam saja.
“Cuma kalau ditanya mengenai tips gaya tu, rasanya jadi sendiri sahajalah. Kena tahu apa yang sesuai dengan kita atau pun tidak saja,”katanya jujur.
Malah, bintang Bikin Filem ini turut menambah, kalau boleh di dalam setiap fesyen yang digayakan, ia perlu sederhana dan tidak perlu melebih-lebih.
“Kalau boleh, make it simple saja, tampil minimal. Misalnya saya kalau tengok subang yang panjang sikit, saya kata ‘no’. Kena sesuaikan dengan tempat, selain faktor-faktor lain.
“Tidak semestinya jenama mahal, kena tahu apa yang asas saja,”terang Scha kepada MH.
Terdahulu, pasangan selebriti ini ditemui di rumah terbuka mereka di Dewan D’Levender, Bukit Damansara pada Sabtu. Majlis tersebut merupakan yang kedua seumpamanya dianjurkan mereka, khusus bagi berjumpa dengan rakan niaga, klien dan teman media.
“Ini tahun kedua dan insyaAllah, jika ada rezeki kami rancang untuk adakan ia setiap tahun, sesuai dengan sambutan perayaan. Jemputan lebih kurang 350 orang, tetapi rasanya yang hadir lebih dari 500 orang.
“Alhamdulillah, ramai yang datang dan terima kasih buat semua kerana sudi isi masa bersama,” akhiri Scha.
Dalam perkembangan lain, Scha dijangka akan kembali ke set penggambaran filem seram di Indonesia, dalam tempoh terdekat.
Foto: Instagram Scha AlYahya
https://www.instagram.com/p/BkqOTNAA-Uo/?hl=en&taken-by=mediahiburanofficial
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI