Meskipun sudah berkecimpung di dalam industri seni sejak tiga dekad yang lalu, pelakon senior, Faizal Hussein tetap merasakan sosial media merupakan platform yang sangat penting bagi seseorang anak seni itu untuk terus kekal relavan.
Menurut Faizal, industri seni kini sudah berubah dan semua pihak harus memainkan peranan bagi membantu kejayaan sesebuah karya.
“Bergelar pelakon pada zaman ini, kami telah dituntut untuk turut sama terlibat dalam mempromosikan sesebuah projek drama atau filem yang akan ditayangkan. Seperti drama One Cent Thief ini juga, dalam kontrak pun sudah dinyatakan untuk para pelakon turut aktif di media sosial.
“Kami juga telah diberikan jadual untuk beberapa kali muncul di platform media sosial seperti Tik Tok, Instagram dan Facebook. Jadi, untuk terus kekal relavan dalam industri ini, walaupun saya sudah berusia 50-an, saya juga kena ada akaun untuk setiap platform ini lebih-lebih lagi Tik Tok,” katanya kepada MH.
Malah, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut tidak menyangka video-video di akaun Tik Tok miliknya bakal menerima sambuatan luar biasa sehingga meraih jutaan tontonan.
“Orang bertanggungjawab atau pakar yang mengendalikan akaun Tik Tok saya adalah anak perempuan saya. Bila saya nak keluar menghadiri majlis apa pun, dia akan tunggu saya bersiap. Bila make up artis dah siap solekkan saya dan pakaian pun dah kemas, barulah dia akan buat konten untuk saya.
Ads
“Sebabkan dia juga konten tersebut boleh mendapat jutaan tontonan. Penerimaan daripada orang muda pun sangat positif. Mereka sangat suka. Siap ada yang minta jadi menantu,” kongsinya lagi.
Faizal berkata sedemikian ketika ditemui media di majlis tayangan perdana drama siri terbaru, One Cent Thief baru-baru ini.
Bagaimanapun, Faizal turut mengingatkan para selebriti untuk tidak terlalu taksub dengan media sosial sehingga boleh mencemarkan imej diri sendiri
Ads
“Tiada masalah pun artis senior mempunyai akaun media sosial. Selagi kita tak muat naik perkara yang merapu atau boleh dikenakan saman, semuanya okay sahaja.
“Bagaimanapun, sebagai selebriti, kita tak boleh terlalu taksub dengan sosial media. Platform ini bukan segalanya. Privasi itu sebenarnya lebih berharga. Sebagai seorang selebriti, kita kena tahu konten yang dimuat naik.
“Kita juga tak boleh mengaibkan orang lain dan harus menjaga hati peminat serta netizen,” akhirinya.
Ads
Dalam drama ini, Faizal membawakan watak sebagai seorang bapa yang bermasalah.
Selain Faizal, drama ini juga turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti, Syafiq Kyle, Azira Syafinaz, Amerul Affendi dan Sofia Jane
Drama ini bakal menemui penonton bermula 8 Oktober ini, setiap hari Sabtu jam 9 malam.
Penonton juga berpeluang menonton episod baru seminggu lebih awal pada Sabtu jam 12 tengah malam menerusi platform Astro Go atau On Demand.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perkahwinan kali kedua pengasas produk kecantikan Arviena Beauty, Arviena Faira Nadisha, 35, berakhir dengan kegagalan apabila dia dan bekas suami, Muhammad Luqman Al-Hakim telah disahkan bercerai pada 18 Oktober lalu.
Menurut Arviena yang juga model dan pempengaruh media sosial ketika dihubungi MH berkata, perkahwinan yang dibina hampir dua tahun itu tidak dapat diselamatkan lagi selain menganggap sudah tertulis jodoh mereka sampai di situ sahaja.
“Saya buat tuntutan cerai pada Mei lalu dan Alhamdulillah semua sudah selesai sekarang.
“Walaupun pada permulaannya dia (bekas suami) tak mahu melepaskan saya, tapi saya fight juga sampailah kami sah bercerai pada 18 Oktober lalu.
“Saya buat tuntutan cerai sebab alasan tersendiri dan sebolehnya saya mahu melupakan apa yang telah terjadi, doakan yang baik-baik,” katanya optimis, tidak mahu memandang ke belakang.
Biarpun sudah dua kali melalui kegagalan rumah tangga, namun perkara itu tidak membuatkan Arviena serik untuk berkahwin lagi.
“Saya tidak serik untuk berkahwin lagi sekiranya jodoh sampai, tapi buat masa sekarang saya mahu fokus pada bisnes serta kerjaya saya sebagai usahawan, model dan pengacara majlis.
“Macam dengan bekas suami, saya hanya kenal enam bulan kemudian terus kahwin. Ini pengajaran yang saya dapat (agar ambil masa untuk kenal dengan pasangan sebelum berkahwin),” katanya lagi.
Tidak menafikan disebabkan dia sudah dua kali memegang status janda, netizen banyak memberikan tanggapan buruk terhadapnya malah meninggalkan komen negatif seolah-olah dia punca kepada perpisahan tersebut.
“Memang saya dapat banyak komen-komen negatif media sosial, ramai menyalahkan saya. Iyalah sebab saya sudah dua kali berkahwin.
“Tapi saya memang tidak layan pun komen-komen sebegitu sebab bukan mereka yang lalui apa yang saya lalui, mereka tak tahu cerita sebenar.
“Jadi, memang saya abaikan sahaja sebab saya berpegang pada prinsip, ‘bukan mereka yang bagi duit, makan kepada saya’. Netizen boleh berkata apa sahaja,” ujarnya lagi.
Sekadar info Arviena Beauty mengeluarkan kecantikan seperti Arviena Breast Soap dan Hwaiteu Vit Skin.
Malah perkembangan dirinya juga banyak dikongsikan Arviena menerusi TikTok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon popular, Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sepang, Selangor atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial miliknya.
Memetik Harian Metro, Zul atau nama sebenar, Zul Ariffin didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Noorhisham Mohd Jaafar.
Hadir seawal jam 8.10 pagi dengan menaiki Toyota Vellfire berwarna hitam di Kompleks Mahkamah Sepang, pelakon berusia 36 tahun itu turut diiringi oleh peguam yang mewakilinya dan rakannya.
Zul sebelum ini didakwa berkongsi video ‘babak panas’ bersama seorang pelakon wanita sebagai promosi drama bersiri terbaharu lakonannya menerusi laman Instagram pada April lalu.
Selain mengundang kecaman netizen, video yang dimuat naik itu juga turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Adegan di dalam video itu mengundang kritikan rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam kerana drama itu dimaklumkan akan ditayangkan semasa Ramadan tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semakin beransur pulih selepas menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada April tahun lalu, pelakon Along Eyzendy kini mengorak langkah ingin kembali aktif dalam bidang seni.
Along atau nama sebenar, Mohd Eyzendy Mohd Azizi, 42, berkata walaupun begitu ada satu perkara yang perlu dititikberatkan iaitu dia tidak boleh sama sekali terlibat dalam babak melibatkan pelakon lain perlu memukul dirinya.
“Ramai bertanya saya dah sihat ke, dah boleh berlakon ke? InsyaAllah boleh tapi jangan bagi saya babak pergaduhan sahaja.
“Kalau saya pukul orang itu mungkin boleh tetapi orang tak boleh pukul saya sebab takut ia boleh memberi tekanan pada badan,” katanya kepada MH.
Along ditemui pada majlis sidang media teater Nyonya di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada Khamis.
Kisah Along mendapat perhatian selepas isterinya, Hamidah Mohd Yatim, 38, mendermakan buah pinggang kanannya kepada suaminya.
Meskipun sudah kembali aktif, namun Along berkata dia perlu sentiasa berhati-hati dalam langkahnya agar tidak timbul sebarang komplikasi di kemudian hari.
“Sebenarnya selepas enam bulan pembedahan, saya sudah mula masuk set penggambaran malah pernah berada di lokasi selama 15 jam tapi kena jaga makan, minum dan cukup tidur.
“Ikutkan hati saya nak redah sahaja tapi disebabkan badah dah tak berapa kuat.
“Kalau tak cukup tidur saya akan rasa tak sedap badan dan juga sakit di bahagian tempat pembedahan,” katanya lagi.
Teater Nyonya yang menampilkan Along bersama gandingan pelakon seperti Zera Hariz, Liza Abdullah, Vanidah Imran, Datuk Ziela Jalil dan Deera Amin bakal dipentaskan pada 15 dan 16 Oktober ini di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...