Pelakon popular Indonesia, Prilly Latuconsina berkongsi menerusi Instagramnya bahawa dia telah kehilangan datuk tercinta. Meninggal dalam bulan Ramadan, datuknya yang dikenali sebagai HM Sidik Latuconsina menghembuskan nafas terakhir di hospital setelah kesihatan merosot.
Paling mengharukan, menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram dan juga Instastory, jelas menunjukkan kedekatan pelakon cantik ini bersama datuknya yang dipanggil Opa itu. “Inspirasiku telah pulang ke rumah yang lebih baik. Opa terima kasih kerana mengajar aku banyak kebaikan. Saya akan menyayangimu selamanya dan merinduimu setiap hari,” luahnya.
Dalam beberapa hantaran di ruangan Instastory pula, Prilly ini turut menyatakan kesedihannya. Ujarnya, “Tak sangka tahun lalu jadi lebaran terakhir kita. Tidak aka nada lagi yang menyuruh menyanyi ketika lebaran. Taka da lagi yang akan menyuruh kita semua poco-poco. Tak ada lagi yang akan berguarau denganku soal hidup.”
Dia yang merupakan cucu pertama di dalam keluarga menjadi kebanggaan kepada datuknya dek pencapaian yang dimiliki. Bukan sekadar berjaya dalam dunia lakonan bahkan dia juga merupakan graduan terbaik di universiti.
Aktres yang popular menerusi siri filem Danur dan Ku Kira Kau Rumah ini menceritakan kenangan dia dan datuknya saat mahu menduduki peperiksaan subjek Undang-Undang Indonesia. Dia yang ketika itu merasakan subjek itu sukar telah meminta datuknya mengajar dengan lebih lanjut tentang isu di dalam subjek tersebut.
Ads
“Aku ke pejabat Opa dan ganggu waktu dia bekerja. Walaupun begitu, dia tetap mengajar sampai aku faham. Gara-gara belajar dengannya aku mendapai gred A. Opa adalah orang yang selalu bekerja keras. Setiap hari kerja malahan setelah pencen tetap membuat pejabatnya sendiri,” tulisnya panjang lebar.
Dia menambah lagi bahawa datuknya seorang yang sangat mengutamakan cucu. Kalau tidak boleh ke pejabat, datuknya pasti akan menaip panjang apa yang ingin diajarkan supaya cucunya faham akan isu yang dibincangkan.
Tidak menyangka insan tersayang akan pergi, Prilly berkongsi saat sebelum kematian datuknya itu.
“Ini merupakan komunikasi terakhir kami, waktu itu aku berada di lokasi penggambaran dan berasa mahu membuat panggilan video kepada Opa. Dia berkongsi yang dia sudah sehat dan akan pulang sebentar lagi dan aku terus menjawab agar dia cepat pulang dan nanti aku akan ke rumahnya. Ternyata datuk benar-benar pulang,” kongsinya mengimbau saat terakhir mereka berkomunikasi.
Ads
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Juri program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Datuk Syafinaz Selamat berpandangan persembahan yang dilakukan secara duet oleh bintang bersaing lebih menyerlah berbanding segmen solo.
Menurut Syafinaz, perkara tersebut secara langsung mempengaruhi daripada segi pemberian markah.
“Pada pendapat saya, persembahan solo kurang menyengat. Untuk separuh akhir, saya sebenarnya mengharapkan lebih dengan apa yang dipersembahkan.
“Nyanyian secara duet pada saya lebih memberikan markah kepada mereka berbanding nyanyi solo,” katanya kepada MH.
Mengulas persoalan sama ada bintang bertanding masih belum menunjukkan ‘taring’ sebenar, Hetty Koes Endang merasakan andai ia berlaku itu sesuatu yang tidak wajar.
“Strategi yang salah kalau mereka masih ‘simpan kuku’. Taringnya harus dikeluarkan kerana ini adakah hari penentu, bagi saya.
“Hadi jadi harus all out, ketiga juri ini ada ‘demand’. Setiap minggu mereka harus membuat persembahan yang terbaik,” katanya.
Dua juri tetap GV9 ini berkongsi pendapat berkenaan ketika di sidang media Separuh Akhir GV9 malam tadi yang menyaksikan Jaclyn Victor unggul di kedudukan pertama.
Sementara itu, dia bintang yang meraih markah corot, iaitu Dina Nadzir dan Fuad Rahman diumumkan sebagai bintang tersingkir, sekaligus gagal lolos ke GV9 Akhir, Ahad depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun stesen TV3 yang ke-37, pelakon Azhan Rani ada berkongsi beberapa keping foto berkaitan barisan drama yang pernah dilakonkannya di stesen penyiaran terkemuka itu.
Bermula dengan drama berjudul Sesuci Cinta Sofiya pada tahun 2006, Azhan atau nama lengkapnya Azhan Abd Rani hampir dua dekad terlibat dalam seni.
Dalam pada itu, pelakon berusia 46 tahun ini berharap semua drama lakonannya dapat menjadi ingatan kepada para penonton.
Dia yang sinonim dengan drama Nur ini turut menitipkan ucapan terima kasih di samping mendoakan agar stesen TV3 terus unggul dan maju.
“Dalam 37 tahun perjalanan usianya, sempatlah aku menumpang lalu di jalan ini. tak la banyak mana tapi moga melekat la satu dua nanti di kepala bila aku dah takde.
“Terima kasih @tv3malaysia . semoga terus menjadi stesen penyiaran terunggul di negara ni.
“Selamat ulang tahun buat @tv3malaysia #simpanbuatkenangan #antarabeberapa,” tulisnya.
Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul, usahawan Neelofa dan pendakwah bebas, PU Riz telah berkongsi ilmu dakwah bersama wargamaya.
Perkongsian secara ‘Live’ di laman Instagram Pertubuhan Kasih Neelofa itu, PU Riz telah berkongsi pesanan yang pernah disampaikan oleh Rasullah SAW kepada para wanita.
Dalam pada itu, Neelofa berharap perkongsian ilmu tersebut dapat dijadikan sebagai panduan kepada seluruh umat Islam.
“Hari yang istimewa buat kita semua saudara seislam. Alhamdulillah atas sambutan yang cukup baik kalian yang sudi meluangkan masa mendengarkan perkongsian kami.
“Semoga setiap ilmu yang disampaikan akan terus mengalir menjadi saham akhirat dan mampu dikongsikan semula oleh mereka yang mendengar kepada hamba Allah yang lain, insyaAllah. @kasihneelofa,” tulisnya.
Melihat diruangan komen, rata-rata peminat turut memberi pujian terhadap perkongsian Neelofa itu.
Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu, Sal Priadi memohon netizen di Malaysia dan Indonesia untuk berhenti berbalah terutamanya bila melibat soal kebudayaan di negara masing-masing.