“Tak Sangka Serumit Ini..,” – Shahida ‘Berjuang’ 7 Jam Tahan Sakit, Bayi Bongsu Kongsi Tarikh Lahir Sama Dengan Aliff Syukri

Share

Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Nur Shahida selamat menimang cahaya mata keenam pada petang Isnin.

Bayi lelaki yang masih belum diberikan nama itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada jam 2.40 petang.

Menariknya, anak keenam pasangan ini turut berkongsi tarikh lahir sama dengan Aliff iaitu pada 3 April.

Bercerita lebih lanjut mengenai kehamilannya kali ini, Shahida mengakui pengalaman kali ini sedikit mencabar berikutan berdepan dengan komplikasi di mana bayinya mengeluarkan tangan terlebih dahulu.

“Syukur Alhamdulillah tepat jam 2.40 petang hari Isnin 3 April 2023 (sama birthday dengan abah @aliffsyukriterlajaklaris).. lahirlah seorang putera setelah bertarung menahan kesakitan selama tujuh jam.

“Tak sangka serumit ini untuk cahaya mata keenam. Boleh pula tangan dia keluar dulu.. jenuh Dr nak masukkan tangan dia, tetap dia nak minta duit raya juga.

“Jadi hujung-hujung memang sambut tangan baby la dulu kita.. apapun semuanya selamat,” tulis Shahida di ruangan kapsyen menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.

Menerusi posting itu juga, Shahida turut berkongsi wajah puteranya itu buat tatapan semua.

Untuk rekod, Aliff, 36, dan Shahida, 38, berkahwin pada Ogos 2007.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN