MH pasti ramai peminat kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak sabar untuk menantikan kelahiran bayi sulung penyanyi pujaan mereka ini yang dijangka lahir pada bulan hadapan.

Selain peminat, pastinya Siti merupakan orang yang paling teruja untuk menantikan saat kelahiran anak sulungnya itu.

Menerusi satu posting Siti di akaun Instagramnya, penyanyi ini meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH SWT dan dia tidak menyangka bahawa pada bulan hadapan dia bakal bertemu dengan cahaya mata yang telah lama dinantikan olehnya.

Alhamdullillah..

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

IKLAN

Rata-rata peminat serta pengikut Siti, masing-masing memberikan kata-kata doa buat Siti dan kandungannya.

nur.nzrh.salleh: alhamdulillah..semoga semua nya dipermudahkan..

IKLAN

qf_emas_mampu_milik_916_999: Tak sabar nak tgk bby cun @ctdk nie…dah lama kami tunggu anugerah ini..syukur akhirnye…msti secomel dan secantik ibu nye?

princes.rose.1865: Alhamdulillah…semoga semua berjln dgn lancar dn Dtk ct akan melahirkn cahayamata dgn selamatnya…inshaAllah

IKLAN

syazysharif: Kami pon x sabar nk tgk puteri @ctdk semoga dipermudahkan segala urusan bersalin buat penyanyi kesayangan sya ini.

MH juga mendoakan agar segala urusan Siti sehingga saat melahirkan bayi sulungnya nanti dipermudahkan.

Sumber: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI